Monday, March 26, 2012

NAK KONGSI SATU RAHSIA

Kalau nak berjaya, cuba try baca tips orang bagi ni. Kalau dah hilang semangat, cuba try baca tips yang orang bagi ni. Kalau dah rasa macam nak putus nafas atau putus asa, cuba baca tips yang orang bagi ni. Tapi haruslah diingatkan, tak semua tips orang lain awak boleh tiru, boleh ikut. Sebab rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Setiap orang ada cara belajar dia sendiri. Ni sekadar untuk membantu.
Perkara pertama sekali mesti ubah prinsip hidup. Tahun ni nak exam, mesti berubah. Jangan buat kerja bertangguh. Procrastination is a thief of time. Cikgu ada bagi homework, terus siapkan kalau boleh kat sekolah lagi dah siap. Nanti bila balik, bukan dah boleh rehat, tapi dah boleh study benda lain. Cuba pandang sekeliling kelas yang kepala warna hitam (budak Cina). Semuanya siapkan homework kat sekolah sebab nanti malam dia orang ada tuisyen. Kalau orang, orang tak ada pergi tuisyen mana-mana pun kecuali Ibnu Sina. Kawan-kawan semua ambik tuisyen sana-sini. Siang malam ada tuisyen. Kadang-kadang orang tengok macam dah semput dah putus nafas bila dia orang balik. Dan kalau pergi tuisyen, hati kena ikhlas. Kalau tak, hati rasa lain je. Susah nak berkat nanti.
Bila homework dah settle, balik hari dah lapang. Nak study pun syok. Kalau orang, orang sediakan jadual. Kalau tak, nanti orang tak tau nak study apa. Nanti kang, asyik study yang best je, yang susah tak mau study. Nak aturkan jadual? Orang ambik sembilan subjek. Ada tujuh hari je dalam seminggu. Macam mana nak satu hari satu subjek? Orang buat macam ni...
Ahad orang buat BM. Kenapa BM je habiskan satu hari? Sebab orang buat karangan. (Aktiviti ini tidak dijalankan selalu sebab ada masalah dan gangguan yang tidak dapat dielakkan pada hari Ahad seperti mesyuarat exco). Cari soalan, lepas tu buat karangan ikut time exam. Kalau sejam setengah, sejam setengah lepas tu mesti dah siap. Tak ada tengok kamus, tanya kawan ke apa. Masa ni, orang siap warning pada orang sekeliling orang nak siapkan karangan pada pukul sekian-sekian. Dah siap, hantar pada cikgu, mintak cikgu bagi markah. Waktu lain pada hari Ahad ni, hafal ke, baca Buku Bunga-Bunga Bahasa Dalam Penulisan ke, Buku Peribahasa ke, baca Kamus Dewan pun boleh.
Isnin, orang buat Math atau Agama. Kenapa Math dengan Agama? Sebab Agama baca-baca, nanti kalau bosan boleh buat Math. Nanti tak ngantuklah. Kalau rasa Math tu dah terror sangat, baca la agama.
Selasa, orang buat Kimia atau Add math atau Sejarah. Kimia dengan Add Math? Subjek berat... Disebabkan orang suka dengan Kimia, so bagi orang tu bukan satu masalah. Kalau dah bosan kat Kimia, orang boleh beralih pada Add Math. Kalau tak nak buat dua-dua tu, boleh hafal Sejarah pulak.
Rabu, orang bagi yang ringan je. Sebab hari Rabu pertengahan minggu. Kerja di tahap maksimum atau klimaks. Jadi, orang baut BI atau Math. Ha, yang ni, orang buat essay. Disebabkan tak terror BI, masa buat essay ni orang tengok kamus. Dah siap, hantar pada cikgu. Jangan lupa mintak cikgu komen mana yang tak sesuai. Kalau tak nak buat essay, boleh buat Math.
Hari Khamis, orang buat Bio. Bio ni orang lemah sikit. So, orang cuma menghafal je mana yang dirasakan penting oleh Mr. Ng. Kalau perlu, study la balik mana-mana highlight untuk Bio.
Jumaat, orang buat Fizik.
Dan Sabtu, orang buat Sejarah atau Agama. Hari yang panjang, so boleh baca banyak-banyak.
Tu hanyalah apa yang orang rancang. Tapi, semuanya boleh berubah kalau ada hal yang tak dapat dielakkan. Nak pilih subjek yang sesuai setiap hari, kena tengok kemampuan jugak. Mana yang rasa macam lemah sikit kena buat sehari. Mana yang rasa, aku terror bab ni, boleh dua subjek dalam satu hari. Jangan menyeksa diri buat dua tiga subjek satu hari kalau tak mampu. Minggu depan, mesti dah tak sanggup nak buat lagi. Masa awal tahun, masa masih panjang. So, boleh buat slow-slow.
Bila dah dekat nak exam nanti, ni ada tips daripada akak lepas-lepas. Akak tu cakap, buat countdown. Contoh, ada enam puluh hari lagi sebelum SPM. Hari yang keenam puluh tu, awak study subjek hari pertama SPM. Hari yang kelima puluh sembilan, iaitu esoknya, study subjek hari kedua SPM. Hari yang kelima puluh lapan sebelum SPM, study subjek hari ketiga SPM. Lepas tu rotate la balik sampai hari SPM.
Bila study, mesti tau apa highlight yang mesti ditekankan. Dalam setiap subjek, mesti ada topik yang dapat ranking teratas dalam soalan SPM. Soalan tu ialah soalan yang biasa keluar. Bukan setakat kena baca je, tapi kena faham dan ingat. Faham dan ingat adalah kunci orang dalam setiap subjek. Kalau kita faham, kita akan ingat. Kalau tak faham, susah sikit nak ingat. Yang mana rasa perlu hafal, maka hafal la. Satu lagi, masa study, hati kena terbuka untuk terima ilmu. Kalau ada cara yang lebih senang (macam buat jadual ke, lukisan ke) adalah sangat dipersilakan. Keluarkan mana yang perlu. Catat benda tu dalam foot note ke (kalau orang, orang panggil nota tu sebagai Google). Bila-bila masa perlu, boleh semak kat situ je, tak payah nak cari buku tebal-tebal.
Waktu study pun penting jugak. Mulai awal tahun 2011, orang sedar yang tahun ni nak SPM. Orang nak tinggalkan zaman Form 4 yang orang buat main-main sampai ada orang berjaya jadi pelajar terbaik keseluruhan Tingkatan 4 bagi Aliran Sains bagi tahun 2010 menggantikan orang masa pertengahan tahun. Orang takkan naik dorm selagi tak sampai pukul dua belas tengah malam. Apa orang buat, orang study dalam studyroom. Pedulik la sorang-sorang ke, asalkan orang study. Bagi tak nak dengar bunyi-bunyi aneh, orang pasang walkman. Lama-lama, ramai pulak yang join study kat studyroom. Lepas tu dah takut sangat la. Kalau awak tak berani, boleh study kat Bilik Gerakan, Bilik Tamu, Library... Surau pun boleh. Surau sejuk sikit. Lagi berkat dalam rumah Allah. Kalau dah study ramai-ramai tu, faham-faham jelah kalau dia orang asyik bercakap je. Orang jenis yang selalu buat tak dengar apa yang dia orang cakap. Kalau rasa nak interfere, orang interfere. Lepas tu tak payah melebeh-lebeh. Kalau tak, study ke mana, berbual je kerja.
Setiap kali buat suatu kerja, orang mesti ada target. Kalau nak main game, orang target, mesti habiskan satu level, baru boleh tidur. Kalau study, orang target mesti habiskan mana yang tengah buat, baru boleh tidur. Jangan baru buat soalan 4(b), dah tidur. Kalau boleh habiskan sampai nombor soalan tu habis. (Faham tak? Contoh kalau soalan tu ada lima. Lima ada a,b,c,d,e. Kena habiskan lima-lima dengan anak-anak dia sekali, baru boleh tidur. Kalau tengah buat objektif lima puluh soalan, target habiskan semua, baru boleh tidur). Kalau orang tak buat macam ni, lama-lama jadi bertangguh dan takkan siap.
Bila study, orang selalu tengok jawapan. Ni cara orang belajar. Ada orang, cara belajarnya lain. Bila tengok jawapan, baru tau apa jawapan untuk soalan yang kita tak faham tu. Bila dah trial, banyakkan buat soalan dari negeri lain. Orang sampai buat analisis lagi sebab nak tau soalan apa yang ditarget oleh negeri lain. Biasanya Terengganu, Kelantan, Kedah the best. Tapi Kelantan susah sikit nak dapat. Cukup berahsia dengan kerajaan negeri.
Orang ni sebenarnya sombong. Tak suka tanya cikgu sebab orang suka nak buat sendiri je. (Kepada sesiapa yang kenal Uchiha Madara dalam Anime Naruto, ha orang lebih kurang macam dialah. Kira macam terlalu tamak dan sombong. Semua benda nak buat sendiri. Kononnya orang nak berjaya tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.) Sebenarnya tak boleh macam tu. Kalau ada soalan, tanya cikgu. Cikgu tu lagi pakar dan berpengalaman. Lagi-lagi kalau buat PEKA. Jadikan cikgu tu sebagai kawan. Orang dah berjaya jadikan cikgu yang paling orang lain tak suka sebagai mentor. Dengan bersahaja, orang tak takut langsung dengan dia. Depan dia orang boleh badak je tidur. Tengok... untuk subjek dia orang dapat A+. Alhamdulillah...
Lupakan tentang cintan-cintun bergayut jadi monyet masa zaman sekolah ni. SPM ni lagi penting daripada pak we.
Pasal berkat, semua orang tau kena berbakti pada mak ayah dan cikgu-cikgu. Sebenarnya, bukan dia orang je. Pada semua orang. Jaga hati kawan. Tak pe kalau diri sendiri terseksa. Biar nanti terasa nikmat kejayaan tu.
Masa tidur sangat penting. Kalau tak biasa, jangan buat macam orang buat. Naik dorm dah pukul dua belas. Masa Form 5, orang duduk dorm ruby. Dengan bersuluhkan torchlight, orang baca buku motivasi sebelum tidur. Cara ni pun berguna jugak (Yang tak bergunanya baca dengan bersuluhkan torchlight. Please don’t try this at home.) Tapi kalau dapat lampu belajar okey jugak. Dekat kedai, ada satu lampu belajar pakai bateri (tak percaya tanya Qila, dia yang jumpa). Tapi lampu tu kecik je. Kalau beli dua terang kot. Adalah dalam dua ringgit lebih je satu lampu tu. Baca buku motivasi. Satu hari satu bab pun boleh asalkan baca buku tu dan dapat info.
Orang tidur dalam pukul dua belas setengah. Bangun dalam pukul lima. Kalau kira, adalah dalam empat jam lebih je orang tidur. Orang cuma tidur pada tahap lena yang maksimum (Kalau tak biasa jangan buat). Kenapa orang kurangkan masa tidur? Sebab orang tak nak buang masa. Tidur lama-lama memang buang masa. Pagi-pagi tu kalau dapat study dua tiga subtopik, bagus jugak.
Ni langkah yang terakhir. Orang berjaya takkan putus hubungannya dengan Allah. Setiap kali waktu solat, orang buat solat sunat rawatib, ba’diah dan qabliah. Kalau dah tak ada masa, baru orang tak buat. Solat sunat rawatib ni menampung kekurangan kita dalam ketika solat fardhu. Setiap tahun orang buat dan alhamdulillah... banyak yang dimudahkan daripada disusahkan. Sebelum tidur pun ada buat solat taubat. Sebab kalau esok dah tak bangun pagi, sekurang-kurangnya kita dah bertaubat. Sama ada Allah terima atau tak, tu hak-Nya. Kita kena berusaha. Jangan putus berdoa. Kalau tak mintak, Allah takkan bagi. Ingat apa yang orang cakap ni, kalau dapat straight A’s berabuk pun, tapi hubungan dengan Allah tak jaga, tak guna. Bila hubungan dengan Allah dah terjamin, hubungan dengan orang lain malah dengan jin yang kita tak nampak (kira macam dia pun senang dengan kita) dan haiwan sekalipun akan jadi baik. Sebab Allah dah pelihara hubungan tu.
Harap orang dapat share sedikit sebanyak apa yang orang buat sepanjang tahun lepas sebelum SPM. Kalau nak share dengan kawan-kawan pun boleh. Hmm.... rasa macam nak cari mentee je. Ada sesiapa berminat? Bolehlah online eh.

No comments:

Post a Comment