Thursday, May 10, 2012

Tips For Contact Lens Users



assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia dan salam namaste.

sekarang ni memang semua orang suka pakai contact lens sebab na nampak lawa, na biar nampak jelas. semua orang pun tau, pakai contact lens ada banyak risiko. pertama sebab ia plastik. so, its resistance to heat is low. ada banyak kes ada orang matanya sampai buta sebab terkena jangkitan kuman akibat pakai contact lens ni. tapi jangan takut. kalau kita pandai jaga, ikut tatacara na pakai, insya Allah selamat lagi.

ta tertinggal jugak aku. aku pun pakai contact lens. da dekat lima tahun jugak aku pakai. dan contact lens yang aku pakai ni contact lens yang kedua. masa akhir tahun 2010, penah pecah sebab terjatuh. mak aku cakap, lepas ni kalau pecah lagi, da ta yah pakai contact lens lagi. hehe... korang jangan salah faham. aku ada astigmatism yang sangat tinggi. jadi, optometrist aku suh pakai contact lens ni, namanya rigid gas permeable (RGP). berfungsi untuk menyerap oksigen dalam mata. alhamdulillah... memang sangat membantu. sekarang, power mata aku da naik, tapi view da makin bagus. hehe.. RGP ni boleh bertahan dua hingga tiga tahun.

soft contact lens besar camni kan?



RGP kecik macam ni...



bila na pakai contact lens, yang pertama sekali, kuku kena pendek. kalau panjang, nanti akan merosakkan permukaan contact lens. kedua, basuh tangan betul-betul dengan sabun. sabun pun kena tengok jugak. ta leh sabun yang wangi tu. sebab ada molekul wangi akan lekat kat tangan. lalu, akan menjejaskan contact lens masa sentuh contact lens bila na pakai.

rasanya, semua contact lens ada pembilas sendiri kan? jadi gunakanlah pembilas seperti yang disarankan. jangan guna air paip. bahaya wo... air paip ada banyak kuman dan bakteria. pembilas yang disarankan tu ialah air suling, tade kandungan apa-apa. cuma kadang-kadang dicampur garam sikit. jangan guna pembilas lain. macam RGP aku pakai ni, pembilasnya bernama UV Soft. aku ta leh pakai pembilas yang lain macam Renu ke. optometrist aku cakap nanti aku mamai kalau pakai. haha... tatau la ta penah cuba pun. aku tatau la kalau soft contact lens boleh guna apa-apa pembilas.

bekas contact lens perlu direndam dalam air panas sekurang-kurangnya seminggu sekali. ini untuk membuang kuman dan bakteria.

bila da pakai contact lens, elakkan daripada kena panas, contoh macam masa memasak ke. kalau soft contact lens kan lembut, ia akan cair dalam mata bila da sampai takat lebur. tu yang menyebabkan boleh kena jangkitan kuman.

aku ada penah dengar jugak orang cakap kalau pakai contact lens kena banyak minum air lagi-lagi kalau duduk kat tempat yang ada air-cond. kalau ikut kitaran yang biasa, bila duduk dalam bilik ada air-cond, udara akan menyerap air dalam udara bilik. sebab tu kalau pasang air-cond, kena ada air segelas letak atas meja. macam tu jugak la contact lens ni. bila ada air-cond, udara akan menyerap air dalam contact lens dalam mata kita tu. dan as well korang tau, contact lens pun ta boleh kering dalam mata.

cara lain, beli la ubat titis dalam mata (untuk contact lens) bagi menghilangkan kelembapan pada mata. aku penah pakai, tapi sekali je la - masa mula-mula pakai RGP ni.

lagi... em... jangan pakai contact lens masa berenang dalam swimming pool. banyak klorin. masa berenang kat pantai pun jangan. memang tade keje lain kalau na pakai masa berenang.

ada orang pakai cermin mata tade power bila pakai contact lens. sebab na elak mata masuk habuk. sakit wo kalau mata masuk habuk bila pakai contact lens. RGP yang aku pakai ni lagi la. da la keras, bila masuk habuk, macam menangis laki ta balik-balik. na gosok takut kang pecah dalam mata. bila tanya pada optometrist aku, dia kata, bila masuk habuk, keluarkan contact lens tu, then bilas balik. lepas tu pakai la balik.

bila da expert, jangan main tibai je masa na pakai contact lens. tatacara kena la jaga kalau na elak ada kemalangan yang ta diingini berlaku. malang ta berbau kan? em... terima kasih kerana membaca :)

le gra, go deo

No comments:

Post a Comment