aku bukan lagi Aisyah yang dulu. aku dah banyak sangat berubah.
dulu, aku sangat baik. baik yang dimaknakan dengan baik di sisi Allah. sekarang, aku lalai. aku dah tak makan saman dengan apa yang aku sedar. dah banyak kali aku mula sedar yang aku makin jauh, tapi aku tak bertindak.
dulu, hidup aku sangat tenang kalau dibandingkan dengan sekarang. nilah balasannya kalau lupa pada Allah
jadual aku setiap hari masa zaman aku spm...
bangun pukul 4.30 pagi, mandi dan sebagainya mengambil masa satu jam. dah pukul 5.30 aku akan sarapan dulu, atau bersahur kalau aku nak puasa. then, terus solat subuh. bercakap pasal solat. setiap kali aku sembahyang, aku akan solat sunat rawatib. dah pukul 6 lebih, terus pegi studyroom, study ke apa2 sebab nak spm. then pergi sekolah dan so on. pukul 2 petang, balik sekolah. kalau ada tuisyen, aku pegi. by pukul 8 dah ada dalam studyroom dan study siapkan homework. semua homework aku, aku buat sendiri even PEKA sekalipun, aku buat sendiri (melainkan taktau spt bio). homework aku lengkap, nota lawa, walaupun aku sorang je yang paham nota tu. karangan pun aku sanggup siapkan dalam masa setengah hari. karangan spm yang sendiri paham la limitnya takde, beribu-ribu patah pun takpe. aku langgar peraturan asrama. aku tak sembahyang isyak berjemaah. still i proud of it. aku ni degil. aku ketua exco, aku tak marah sesiapa yang taknak sembahyang isyak berjemaah termasuklah aku. tapi... by pukul 11.30, bila semua asramawati di ambang ketiduran, aku habiskan study,pegi surau. aku sembahyang isyak, rawatib dengan solat taubat. kalau campur semua, aku sembahyang 10 rakaat malam tu. even aku penat dan malas sekali pun, aku paksa diri aku. semuanya aku sedar aku nak spm, takde siapa yang boleh tolong aku melainkan Allah SWT. by pukul 12 lebih, aku mesti dah ada dalam dorm. setengah tahun pertama, aku dorm ruby, dorm yang wajib lights off pukul 11.15. dalam masa setengah jam, aku akan baca buku motivasi. sebab aku nak jadi orang yang positive. setengah tahun terakhir, aku duduk dorm mutiara yang takde limit nak tutup lampu sebab kita orang ada lampu belajar. still aku tido pukul 12.30 sebab aku study. and the cycle goes where i wake up at 4.30 every weekdays
ya Allah... tersangat la tenang dan indah zaman tu. dan sangat seronok lagi bila usaha aku selama ni berhasil. aku dapat straight a. aku cabar diri aku sebab aku jahat dulu. selalu buat jenayah.
lepas habis spm, aku tak penah putus asa. aku siap buat jadual ngaji surah2 pilihan setiap hari. sebelum tido wajib baca surah al-Mulk. i just can't imagine.... betapa aku sangat dekat dengan Allah. masya Allah...
dan sekarang...
bangun pagi pun tak tentu. kadang2 solat subuh pun tinggal. ngaji pun kadang2 je. homework, tutorials, tiru je... dalam lecture hall, main hp, facebook pun sempat. result mid sem sangat teruk. apa aku buat pun aku taktau. lepas dah sedar terpesong jauh pun, aku still buat taktau. why the hell is going on to you Siti Aisyah Azman???
aku mula tersedar semua ni lepas ibu tegur aku. yes, aku dah kantoi dengan ibu pasal apa yang aku buat ni. aku dah jauh sangat terpesong. aku dapat rasa jalan untuk kembali tu sangat sukar dan jauh. aku kena naik balik tangga. start from the bottom. dan aku pun mula terfikir, aku mula jauh dari Allah sejak aku kenal dia. bermula dari dia.... dan sekarang, aku taktau... sebab keadaan ni memaksa. dengan dia yang suka memaksa aku memberi perhatian kepada dia. dan tu yang menyebabkan aku lalai.
ya Allah... aku cuba nak kembali kepada-Mu. terima kasih kerana masih sudi untuk mengetuk pintu hati ini. sentiasa lah ada dengan ku. sentiasa lah mengingatkan aku. aku sangat memerlukan Engkau dalam hidupku...
luahan hati yang ikhlas : Siti Aisyah Azman
Sunday, November 18, 2012
Friday, May 11, 2012
Ini Cara Saya
Asslamualaikum. Salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam Namaste.
Em… mula-mula sekali, kak echa na cakap sikit la, korang semua ada matlamat kan? Pergi sekolah nak belajar dan dapat apa yang nak dicapai. Tapi bila time nak exam, selalu lah tak dapat nak bagi masa. Kadang-kadang macam tak sempat langsung nak study kan? Dengan program yang banyaknya kat sekolah, pastu cikgu suruh siapkan itu ini, menyeksa jiwa raga. Kak echa faham keadaan korang semua. Oleh itu, korang semua mesti ada cara belajar yang betul. Supaya nanti, bila korang nak exam, tak yah nak pening-pening mengadap buku sampai tak tido satu malam. Terkocoh-kocoh masa study, tak masuk apa pun dalam otak.
Ok, kak echa bagi mengikut subjek.
BM… mungkin bagi korang ni semua senang je. Kita budak Malaysia, cakap bahasa melayu setiap hari. Hahah… tapi penah tak cikgu-cikgu bagi A+? cikgu-cikgu sekolah kita, semuanya bagi markah kurang. Sebab mereka nak korang semua berusaha lebih banyak untuk dapatkan markah yang lebih baik. Untuk BM… kak echa fokus pada karangan. Sebab karangan ialah nadi. Kalau hancus kat sini, yang lain dah sah-sah la rendah. Kak echa suka sangat buat karangan. Bila nak buat, idea mencurah-curah. Kak echa boleh siapkan karangan kalau cikgu nak karangan tu esok siap. Sungguh tak tipu dan karangan orang kadang-kadang cecah lima muka surat jugak la (tulisan kak echa agak besar). Alhamdulillah masa SPM, karangan kak echa enam setengah muka surat. Seronoknya… siap masuk quote… westlife members pun masuk jugak. Muahaha… ok sambung. Kalau nak karangan best, kena ada perencahnya kan? Mana nak dapat perencah tu? Kena la baca buku kan? Ala, kak echa sangat tak suka baca buku. Peribahasa pun bukan la power macam orang dulu-dulu. Tak semestinya peribahasa je yang boleh taruk. Kan boleh masuk quote, hadis, atau kata-kata orang ternama. Jangan masuk “bak kata jiran sebelah rumah…” hesy… then, satu jugak yang senang masa BM ni ialah KOMSAS. Ni memang markah bonus. Kalau korang tak boleh ingat, hafal la. Biar kat sini, full mark tip top 15 markah dalam tangan. Section pengetahuan dan kemahiran bahasa… tu pun antara yang susah. Tapi, korang kena peka dan tau kat mana silapnya, kat mana yang tak sesuainya dalam ayat yang diberi.
BI… kak echa sangat lemah dengan bahasa inggeris ni. Belajar dari umur enam tahun sampai la umur sekarang dah lebih lapan belas, kak echa masih tak dapat nak menguasai sepenuhnya bahasa kedua ni. Apa kak echa buat, kak echa cari mentor bahasa inggeris. Muahaha… pastu, belajar la dengan mentor tu. Cara lain, dalam bahasa inggeris kak echa banyakkan menghafal. Hafal, terutamanya bab literature. Literature memang bagi markah bonus. Korang kena pandai macam mana skill nak jawab. Markah pertama dapat masa korang tulis, “the novel/short story that I learnt is _____ written by ________.” Then, korang buat intro sikit pasal novel/short story tu. Contoh, novel the curse, “In the novel The Curse written by Lee Su Ann, the main character, Azreen has to ____ because she discovered about her sister’s death." Then sambung la sikit. Lepas tu baru tulis evidence ikut macam soalan. Ha, masa ni la baru nampak macam buat karangan. Biar kan panjang-panjang. Kalau nak hafal satu essay pun ok jugak. Ha… dalam BI kertas satu formatnya sangat sama dengan BM kertas satu. Section b, dia akan bagi lima soalan. Tahap soalan dari satu hingga lima, dari aras senang kepada susah. Soalan pertama biasanya dia akan tanya, describe about the person who inspire you the most or describe about a person who you like the most, atau yang sewaktu dengannya. Yang ni, korang boleh amek mana-mana well-known people yang korang suka. Hafal. Nanti masa exam, tulis balik apa yang dihafal. Ubah sikit-sikit pun takpe. Kalau tak boleh hafal semua macam oral, hafal points yang penting je.
Math… this is my favourite part. Math paling senang la. Ni kalau tak dapat A, memang malu la kak echa sebab mak kak echa ketua panitia matematik sekolah dia. Jangan salah faham. Kak echa jarang mintak tolong pada mak kak echa sebab belajar kat sekolah dah faham dah. Kalau ada yang tak paham, balik rumah kak echa rujuk la. Sungguh kak echa kata, math memang senang. Tapi, kak echa paham kalau ada yang cakap math susah. Lain orang lain la kepalanya. Macam adik kak echa sorang kat rumah ni. Ajar banyak kali pun tak paham. Nasib baik la baru lapan tahun. Math ni kena banyak buat latihan. Kalau da malas dan tak sempat atau rasa, ya Allah… aku tak reti nak buat, pinjam kertas atau buku kawan, korang compare jawapan. Kat sini, korang boleh tengok jalan kerja, mana yang korang silap, cuai… segala bagai la. Then, kalau tak paham terus je tanya pada cikgu. Biasanya, cikgu-cikgu ada alternative macam mana nak bagi korang paham subjek ni memandangkan subjek ni bukan la subjek yang sangat diminati ramai.
Agama… untuk agama, kak echa takde banyak tips. Baca la buku. Mana yang kena hafal, hafal la. Then, macam mana nak skor? Ok, kena ada skill na jawab. Bila ada soalan yang macam ala-ala tak boleh na jawab, korang tulis la jawapan yang ala-ala munasabah sikit. Hm… agama memang takde banyak tips, memang kak echa baca je. Yang bab-bab tajwid…. Ha yang ni memang ramai yang tak dapat nak jawab. Bagi kak echa ni bonus sebab kak echa boleh jawab semua, lengkap markah penuh. Tajwid kan dalam al-Quran. Hari-hari korang baca, kalau taktau jawab… malu la sikit. macam mana nak ingat ek? Kalau kak echa, kak echa taktau macam mana boleh ingat. dari hari pertama kak echa belajar tajwid masa darjah satu, sampai sekarang kak echa ingat lagi apa yang cikgu ajar. untuk tajwid ni, korang kena ingat mana yang glamor kalau dah susah sangat nak ingat. mad asli tak kan taktau kan? mad wajib muttasil dengan mad jaiz munfasil. dua ni memang crucial gila. soalan selalu keluar sebab nak tengok, kita ni reti ke tidak nak bezakan dua mad tu. qalqalah... hukum nun sakinah... hukum mim sakinah... wajibul ghunnah... em... korang boleh la rujuk pada buku tajwid atau dah malas sangat nak semak nak selak, mintak tolong kawan yang terer bab ni terangkan. kak echa selalu kena ajar kawan-kawan kak echa. tak lama, dalam sepuluh minit sebelum pekse, dia orang suruh ingatkan balik.
Sejarah... ha, kak echa pun agak boleh tahan suka jugak la dengan sejarah. tapi... dalam kelas, selalu kak echa tido. huahuahua... jangan amalkan ye. mesti korang macam terkejut gila sebab sejarah ada esei. hehe... esei la sebenarnya yang sangat membantu korang dapat markah. esei sejarah tak boleh tulis dalam point form. memang tempah bala la kalau esei tulis dalam point form kan. kalau kak echa, kak echa hafal je semua yang rasa-rasa na keluar. woo... gila ah na menghafal sejarah. habis, dah tak leh nak jawab. daripada kantoi masa pekse, baik buat je. tapi, takde la nak hafal sebijik macam dalam kitab sejarah tu. hafal la points. nanti masa nak jawab esei, keluarkan balik. pandai-pandai tambah ayat. bila sampai bab KBKK... eh kejap. tau ta KBKK tu apa? kemahiran berfikir kritis dan kreatif. ok, soalan esei sejarah ada lima. korang kena pilih tiga je. eh, camtu ke? rasa macam kena jawab empat. hm.. tak kesah la. yang penting korang kena jawab. contoh soalan satu tanya pasal malayan union. soalan satu ada anak-anak pulak. ada a, b, c, d. adui... dah lah nak fikir panjang, lepas tu, dia nak bagi anak-anak pulak. lek... kalau kita betul-betul hafal and study, buat persediaan, boleh jawab in shaa Allah. ok sambung. untuk anak soalan yang terakhir bagi setiap nombor soalan.. semua soalan termasuk yang subjektif, mesti ada soalan KBKK. soalan ni nak bagi markah free kat korang. korang jawab la ikut pendapat sendiri. nak buat karangan empat unsur macam BM pun boleh (untuk esei). sebab dalam skema jawapan tulis camni, mana-mana jawapan yang munasabah. see, memang KPM nak bagi markah free pada korang semua. dia orang tak kejam. nak jawab esei, korang dah tak payah pikir nak lawakan tulisan ke apa. memang ta sempat. masa SPM, soalan esei yang pertama kak echa cover lagi tulisan kak echa. bila da masuk anak soalan yang kedua, terus macam cacing. sebab banyak sangat yang nak ditulis. tapi jangan la trengkas sangat sampai penanda tak boleh baca. oh ya, satu lagi. untuk esei, satu point satu markah tau. bergantung jugak mana yang nak ada huraian. kalau soalan tulis, jelaskan, huraikan pendapat anda... yang tu memang kena bagi ulasan yang sepatutnya. tapi kalau soalan just tanya apakah... ta payah bagi huraian pun tape. kalau nak tulis pun boleh je, takde masalah. normal la kalau sampai sakit-sakit tangan. berkorban sikit, asalkan dapat A.
Add Math... kak echa pun takde ar terer mana add math ni. cikgu buat tuisyen pun kak echa takmau datang. tapi, kak echa buat latihan sendiri la. dari form four, kak echa ada satu buku latihan yang menyeluruh topic to topic, step by step sampai korang rasa senangnya nak jawab add math. ha, buku tu best la, tapi keluaran lama. na cari kat kedai pun tak jumpa. tu pun kak echa terjumpa lepas selak-selak kat rak lama dalam rumah kak echa. mak kak echa kan cikgu, apa-apa buku yang belum guna, memang disimpan untuk kegunaan masa hadapan. takpe, kalau takde buku tu pun korang masih boleh study lagi. add math kena banyak buat latihan. mm... memang semua kena buat latihan pun. untuk add math, korang ada jugak soalan esei. soalan bahagian c dalam kertas dua. yang ni ada empat soalan tapi korang kena pilih dua je. soalannya dah tetap. dua form four, dua form five. untuk yang form four punya memang best, boleh skor. tapi kena hati-hati. sekali cuai, semua salah. soalannya ialah index price dengan solution of triangle. so, kat sini korang kena tau skill nak jawab. please master the skill. kalau tak, memang lah tak dapat na jawab. mintak ampun. untuk add math, semua soalan korang kena tau cara jawab. bermula dengan apa pastu nak jawab macam mana then nak buat apa. kalau tak, memang kantoi nanti masa pekse. then selalu kan la jawab soalan ye
Kimia... hoho... this is the bestest. kak echa sangat suka dengan kimia. hmm... tips apa ek? berkawan la dengan cikgu zubidah (panitia kimia) ye ;) hehe... disebabkan kak echa suka sangat dengan kimia, maka kak echa pun bersemangat nak study. selalu study dulu sebelum cikgu ajar. cakap la sorang-sorang dalam studyroom sebab nak memahamkan. huahuahua.... kak echa selalu buat nota ringkas masa study kimia. untuk form four punya chapters, kak echa amek sikit-sikit daripada buku teks. lengkap. pastu kak echa masukkan dalam foot note. kak echa panggil foot note tu google kimia. semuanya ada dalam tu. syok! sekarang, dah diwariskan pada adik kak echa yang nak amek SPM tahun ni. soalan kimia pun ada esei... hey... semua nak kena esei kan? biasa lah... takde esei, tak boleh jawab punya. tapi esei kimia tak sesusah esei bio dengan sejarah. korang boleh buat points, tapi ta digalakkan la. guna la apa-apa pun, diagram ke flow chart ke apa-apa la sebagai jawapan untuk membantu mengukuhkan ulasan korang. ha.. mesti korang pun rasa macam bengang je sebab kimia ada experiment kan. ni pun membantu sebenarnya. soalannya tak lari macam soalan PEKA. ingat balik... boleh jawab punya in shaa Allah. kalau nak markah penuh setiap kriteria tu kak echa taktau macam mana. tapi cara kak echa, tulis je apa yang tau. keluarkan semua jangan ada tertinggal pun. mana yang rasa penting, macam equation, formula of elements kena ingat ye. mesti lekat. kalau tak, tak dapat nak tolong. electrochemical series (ES) korang mesti ingat. bab enam ni, memang tough. tapi glamor sangat-sangat, boleh keluar dalam objektif, subjektif, esei, dan experiment. please master this chapter. selalu la rujuk buku. bila buat latihan, tetiba terkuar soalan bab electrolysis, dan korang dah lupa, ingatkan balik. selak la berapa banyak kali pun. untuk chapter electrolysis, buat ringkasan. bagi satu contoh, pastu korang keluarkan apa yang ada pada diagram tu. anion, cation, ion produced, observation. mintak tolong sesangat, ELECTROLYSIS SANGAT-SANGAT PENTING
Fizik... ni pelik sikit daripada yang lain. kena banyak paham teori dan konsep. kalau tak paham, susah nak jawab. hm.. nak cakap apa ye? fizik... kena banyak tanya la kalau tak paham. ada beberapa jugak yang korang kena hafal, macam maksud perkataan ke. biasa dalam banyak-banyak soalan, akan ada yang ditanya pasal maksud. contoh, what is the meaning of electric field? what is electromagnetic wave? contoh je la. so, kena bersiap sedia. kalau bab hafal makna ni, paling best chapter last form five, pasal radioactive. terbaek! kawan kak echa terdiam masa kak echa ingat setiap patah perkataan dalam maksud tu. muahahha... sekarang dah lupa dah. empat bulan lebih bekukan otak. hehe.. dalam kimia pun ada jugak tanya pasal makna ni. tapi tak selalu la. biasanya, what is proton number? camtu la lebih kurang. hm... bagi menyenangkan nak jawab soalan fizik ni, kak echa telah pun mengenal pasti apa masalah korang dengan soalan ni. korang taktau macam mana nak jawab. blur kan? nak guna formula apa, nak kira macam mana. perkara pertama yang mesti korang buat, masa baca soalan, keluarkan isi. contoh kalau dia dah bagi mass of a boy is bla bla. then, korang kuarkan m = bla bla. pastu cari lain. kalau dia bagi velocity, tulis v = what. last sekali dah keluar semua maklumat, korang tengok kat simbol-simbol tu boleh guna formula apa yang berkaitan. macam ni la cara nak jawab dengan baik. tanya cikgu pun, cikgu suruh kuarkan apa maklumat yang dah bagi dalam soalan. lepas ni jangan blur-blur lagi. nak hafal formula? tak payah, dalam axam nanti diberi. add math tu mau sampai empat muka surat semuanya formula. esei dengan experiment... format sama dengan kimia. paham konsep, boleh la jawab. oh ya lagi satu. formula dalam fizik semua akan berkait-kait kalau korang teliti betul-betul. kak echa tak ingat yang mana sebab google kak echa dah diberi pada adik kak echa, so ada pada dia sekarang. yang senang la elastic potential energy = energy yang biasa. yang bezanya cuma formula. work done, force, power semuanya ada kaitan dengan yang lain. korang kena teliti betul-betul la. sebab bagi kak echa lepas dah dapat tau kaitan antara formula ni, senang sangat hidup lepas tu.
Bio... kak echa sangat tak suka dengan biology. kak echa anti-biology. siapa sokong? masa cikgu ajar, kak echa tido... banyak kali dah, sampai cikgu dah tak lalu nak tengok. memang ta suka dan tak boleh paksa benda minat ni. tapi, alhamdulillah, tak penah fail lagi. hehe... nak buat macam mana? ha, kak echa faham dan ingat. masa tuisyen, banyak tips yang diberi. masa tu baru la kak echa fokus. hehe... demand ek? lebih kurang la. mana yang cikgu tuisyen suruh hafal, hafal la. nak nak bahagian osmosis. sorry la untuk bio, memang kak echa ta reti nak bagi tips. kak echa ingat je mana yang perlu. jarang sangat kak echa buat latihan. sebab tak suka. tapi, korang jangan ikut kak echa. kalau minat takpe, senang je nak masuk otak. yang tak minat ni? memang susah lah nak cakap. esei, korang tak boleh jawab guna points. buat karangan tau. lagi... em... baca nota, buku teks pun boleh. buku teks bio punya discription sangat lengkap. so, rujuk la ye. hm... mintak maaf kak echa tak dapat nak bagi banyak pasal bio. kak echa tak suka nak cakap lagi. pasal mitosis dengan meiosis pun kak echa taktau. bukan tatau nak terangkan, memang bodoh gila. time nak pekse, baru la kak echa hafal balik. yang tu ingat step la. buat la acroname yang sesuai asalkan dapat. sama dengan ES dalam kimia tadi.
dah tak larat da ni, bila nak ingat balik semuanya... macam nak muntah hijau
okeh! kak echa dah siapakan ini assignment untuk korang. berusaha ye. prinsip kak echa, buat la apa saja asalkan tak kantoi masa exam nanti. korang nak tiru jawapan belakang ke, nak bukak buku ke, berkejar sampai ke sana sini ke, asalkan dapat jawapan. nanti masa exam, korang dah senang, tak payah nak bersusah payah. faham dan ingat adalah kunci yang paling mudah. sekarang belajar dah makin susah, banyak persaingan. so, berjuanglah hingga ke titisan darah terakhir. Alhamdulillah kak echa dapat 9A, tapi tak semua A+ la. hehehe... kalau ada apa-apa nak tanya, boleh lah emel kepada saisyah23@gmail.com. atau saa@siswa.ukm.edu.my (sebab emel lain semua dah semak termasuklah gmail tu). terima kasih kerana membaca karangan kak echa yang mengarut gila punya panjang ni. doakan kak echa di UKM sekarang ambil degree Sains Komputer selepas mengharungi susah payah di Asasi Sains UM. dan korang pun... semoga berjaya :)
le gra, go deo
Thursday, May 10, 2012
Tips For Contact Lens Users
assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia dan salam namaste.
sekarang ni memang semua orang suka pakai contact lens sebab na nampak lawa, na biar nampak jelas. semua orang pun tau, pakai contact lens ada banyak risiko. pertama sebab ia plastik. so, its resistance to heat is low. ada banyak kes ada orang matanya sampai buta sebab terkena jangkitan kuman akibat pakai contact lens ni. tapi jangan takut. kalau kita pandai jaga, ikut tatacara na pakai, insya Allah selamat lagi.
ta tertinggal jugak aku. aku pun pakai contact lens. da dekat lima tahun jugak aku pakai. dan contact lens yang aku pakai ni contact lens yang kedua. masa akhir tahun 2010, penah pecah sebab terjatuh. mak aku cakap, lepas ni kalau pecah lagi, da ta yah pakai contact lens lagi. hehe... korang jangan salah faham. aku ada astigmatism yang sangat tinggi. jadi, optometrist aku suh pakai contact lens ni, namanya rigid gas permeable (RGP). berfungsi untuk menyerap oksigen dalam mata. alhamdulillah... memang sangat membantu. sekarang, power mata aku da naik, tapi view da makin bagus. hehe.. RGP ni boleh bertahan dua hingga tiga tahun.
soft contact lens besar camni kan?
RGP kecik macam ni...
bila na pakai contact lens, yang pertama sekali, kuku kena pendek. kalau panjang, nanti akan merosakkan permukaan contact lens. kedua, basuh tangan betul-betul dengan sabun. sabun pun kena tengok jugak. ta leh sabun yang wangi tu. sebab ada molekul wangi akan lekat kat tangan. lalu, akan menjejaskan contact lens masa sentuh contact lens bila na pakai.
rasanya, semua contact lens ada pembilas sendiri kan? jadi gunakanlah pembilas seperti yang disarankan. jangan guna air paip. bahaya wo... air paip ada banyak kuman dan bakteria. pembilas yang disarankan tu ialah air suling, tade kandungan apa-apa. cuma kadang-kadang dicampur garam sikit. jangan guna pembilas lain. macam RGP aku pakai ni, pembilasnya bernama UV Soft. aku ta leh pakai pembilas yang lain macam Renu ke. optometrist aku cakap nanti aku mamai kalau pakai. haha... tatau la ta penah cuba pun. aku tatau la kalau soft contact lens boleh guna apa-apa pembilas.
bekas contact lens perlu direndam dalam air panas sekurang-kurangnya seminggu sekali. ini untuk membuang kuman dan bakteria.
bila da pakai contact lens, elakkan daripada kena panas, contoh macam masa memasak ke. kalau soft contact lens kan lembut, ia akan cair dalam mata bila da sampai takat lebur. tu yang menyebabkan boleh kena jangkitan kuman.
aku ada penah dengar jugak orang cakap kalau pakai contact lens kena banyak minum air lagi-lagi kalau duduk kat tempat yang ada air-cond. kalau ikut kitaran yang biasa, bila duduk dalam bilik ada air-cond, udara akan menyerap air dalam udara bilik. sebab tu kalau pasang air-cond, kena ada air segelas letak atas meja. macam tu jugak la contact lens ni. bila ada air-cond, udara akan menyerap air dalam contact lens dalam mata kita tu. dan as well korang tau, contact lens pun ta boleh kering dalam mata.
cara lain, beli la ubat titis dalam mata (untuk contact lens) bagi menghilangkan kelembapan pada mata. aku penah pakai, tapi sekali je la - masa mula-mula pakai RGP ni.
lagi... em... jangan pakai contact lens masa berenang dalam swimming pool. banyak klorin. masa berenang kat pantai pun jangan. memang tade keje lain kalau na pakai masa berenang.
ada orang pakai cermin mata tade power bila pakai contact lens. sebab na elak mata masuk habuk. sakit wo kalau mata masuk habuk bila pakai contact lens. RGP yang aku pakai ni lagi la. da la keras, bila masuk habuk, macam menangis laki ta balik-balik. na gosok takut kang pecah dalam mata. bila tanya pada optometrist aku, dia kata, bila masuk habuk, keluarkan contact lens tu, then bilas balik. lepas tu pakai la balik.
bila da expert, jangan main tibai je masa na pakai contact lens. tatacara kena la jaga kalau na elak ada kemalangan yang ta diingini berlaku. malang ta berbau kan? em... terima kasih kerana membaca :)
le gra, go deo
Wednesday, May 9, 2012
Solat Istikharah
assalamualaikum... kali ni, aku na bagitau beberapa adab dan tatacara solat sunat istikharah. semua orang da tau solat sunat istikharah ni kita buat sebab na mintak petunjuk. bukan setakat na mintak petunjuk pasal jodoh je, macam-macam lagi. kali ni, korang buat istikharah sebab tatau na masuk mana. peluang da ada depan mata, tapi pikir sampai na pecah kepala. kawan-kawan, ingatlah Allah sentiasa merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. semestinya Dia Maha Tahu apa yang akan berlaku pada masa depan kita.
na buat solat sunat istikharah kena mula dengan hati. kalau hati rasa macam malasnya na buat. ta payah buat. nanti jadi ta ikhlas, susah na dapat petunjuk. (jangan tanya macam mana na ikhlaskan hati sebab ikhlas datang sendiri) masa sembahyang, fikiran kena tenang. jangan terlalu fikir pasal pilihan tu. serahkan semua pada Allah. kalau korang asik fikir, "aku mesti pergi matrix" (contoh) masa sembahyang tu, tu da macam memaksa. ta boleh... kena tenang, kosongkan fikiran. insya Allah, Allah akan tolong. Allah sangat suka orang yang bertawakal pada-Nya.
solat sunat istikharah ada dua rakkat je. na sembahyang, ada dua cara. pertama cara yang senang. kedua yang macam solat hajat
cara yang pertama... err.. niat korang tau sendiri la kan. dalam bahasa melayunya, sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala. masa rakaat pertama, lepas baca al-Fatihah, baca surah al-Kafiruun sekali. then rakaat kedua, lepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas sekali jugak. ni kira paling mudah la.
cara kedua... agak lama sebab macam solat hajat. mula-mula niat dulu. masa rakaat pertama, lepas al-Fatihah baca ayah Kursi tujuh kali. then masa rakaat kedua, lepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas sebelas kali. masa sujud yang terkahir baca "subhanaka la 'ilmalana illa ma 'allamtana innaka antal 'alimulhakim" sebanyak empat puluh kali. masa ni, korang khusyuk la 'berdialog' dengan Allah. kalau solat hajat kan korang mintak apa yang korang nak masa sujud yang terkahir ni. masa istikharah, korang ta leh mintak, sebab keputusan tu ada pada Allah.
then da habis sembahyang, kena doa. dulu, aku penah baca doa sendiri, ta baca doa yang disarankan. agak susah jugak na dapat mimpi. so, amatlah digalakkan korang baca doa yang disarankan seperti berikut :
(aku bagi dalam bahasa melayu je la)
"ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, kau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. ya Allah jika Kamu mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku. jika Kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya. tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. sesungguhnya Engkau berkuasa atas egala sesuatu"
haa.. sesiapa yang malas na cari dalam buku agama, boleh copy, paste and print. kalau ta boleh, salin je la. muahahha.
da suda sembahyang, jangan ber-facebook pulak. terus tido, kang ta dapat petunjuk, merungut. sebab tu aku kalau na buat sembahyang ni, aku tunggu da ala-ala tersungkur na tido.
macam mana na dapat mimpi, aku ta leh na cakap macam mana. sebab petunjuk tu Allah yang bagi. Dia berhak na bagi petunjuk yang macam mana sekalipun. biasanya ada mimpi, tapi kita ta ingat apa mimpinya, sebab Allah ta na bagi mimpi tu obvious sangat. rahsia Allah... kalau ta dapat mimpi, boleh ikut gerak hati. bak kata cikgu adah, bila bangun tido, apa yang terdetik tu, tu la jawapannya. tapi, kalau ragu-ragu, jangan putus asa buat sembahyang ni. jangan baru buat satu malam da merungut ta dapat mimpi. kena banyak bersabar. mungkin kita belum cukup ikhlas Allah na bagi terus mimpi tu. Allah bagi sikit-sikit. biasanya, mimpinya bersambung-sambung, sebab tu kena buat berturut-turut.
so, korang buat la keputusan yang terbaik sementara ada masa na istikharah ni. ni soal masa depan. oh ya, aku ada pesanan daripada kak nona. dia kata, korang fikir la betul-betul, jangan main hentam je na masuk matrix, lagi-lagi bila da dapat diploma. universiti tu lagi bagus. kak nona kata, jangan menyesal macam dia bila da masuk matrix nanti. em... pastu sesiapa yang dapat diploma kat uitm, kak nona pesan, memang la diploma tu lama, kan pinjaman ada. tapi kena la bayar balik, sebab tu kena belajar betul-betul kalau na gaji baik bila da kerja nanti. kak nona kata, masuk uitm still boleh afford kalau ta amek pinjaman pun. yuran satu sem dalam lima hingga enam bulan lebih kurang rm500. then, uitm bagi yuran makan rm120 setiap bulan, tempat tinggal pun free... mm... lebih kurang camni la kak nona kata. dia pun pikir na pegi uitm jugak. korang jangan salah faham, kak nona bagi nasihat. dia ta na korang menyesal bila da masuk matrix nanti.
apa-apa pun, korang istikharah ye mintak perunjuk daripada Allah. banyakkan bersabar kalau tade petunjuk lagi. kalau berusaha dan kena caranya Allah mesti bagi. Allah tak kejam. Allah sangat-sangat suka orang-orang macam kita ni bertaubat, bertawakal. sebab kita ni kecik lagi. okey, kawan-kawan. terima kasih kerana membaca :)
le gra, go deo
na buat solat sunat istikharah kena mula dengan hati. kalau hati rasa macam malasnya na buat. ta payah buat. nanti jadi ta ikhlas, susah na dapat petunjuk. (jangan tanya macam mana na ikhlaskan hati sebab ikhlas datang sendiri) masa sembahyang, fikiran kena tenang. jangan terlalu fikir pasal pilihan tu. serahkan semua pada Allah. kalau korang asik fikir, "aku mesti pergi matrix" (contoh) masa sembahyang tu, tu da macam memaksa. ta boleh... kena tenang, kosongkan fikiran. insya Allah, Allah akan tolong. Allah sangat suka orang yang bertawakal pada-Nya.
solat sunat istikharah ada dua rakkat je. na sembahyang, ada dua cara. pertama cara yang senang. kedua yang macam solat hajat
cara yang pertama... err.. niat korang tau sendiri la kan. dalam bahasa melayunya, sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala. masa rakaat pertama, lepas baca al-Fatihah, baca surah al-Kafiruun sekali. then rakaat kedua, lepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas sekali jugak. ni kira paling mudah la.
cara kedua... agak lama sebab macam solat hajat. mula-mula niat dulu. masa rakaat pertama, lepas al-Fatihah baca ayah Kursi tujuh kali. then masa rakaat kedua, lepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas sebelas kali. masa sujud yang terkahir baca "subhanaka la 'ilmalana illa ma 'allamtana innaka antal 'alimulhakim" sebanyak empat puluh kali. masa ni, korang khusyuk la 'berdialog' dengan Allah. kalau solat hajat kan korang mintak apa yang korang nak masa sujud yang terkahir ni. masa istikharah, korang ta leh mintak, sebab keputusan tu ada pada Allah.
then da habis sembahyang, kena doa. dulu, aku penah baca doa sendiri, ta baca doa yang disarankan. agak susah jugak na dapat mimpi. so, amatlah digalakkan korang baca doa yang disarankan seperti berikut :
(aku bagi dalam bahasa melayu je la)
"ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, kau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. ya Allah jika Kamu mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku. jika Kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya. tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. sesungguhnya Engkau berkuasa atas egala sesuatu"
haa.. sesiapa yang malas na cari dalam buku agama, boleh copy, paste and print. kalau ta boleh, salin je la. muahahha.
da suda sembahyang, jangan ber-facebook pulak. terus tido, kang ta dapat petunjuk, merungut. sebab tu aku kalau na buat sembahyang ni, aku tunggu da ala-ala tersungkur na tido.
macam mana na dapat mimpi, aku ta leh na cakap macam mana. sebab petunjuk tu Allah yang bagi. Dia berhak na bagi petunjuk yang macam mana sekalipun. biasanya ada mimpi, tapi kita ta ingat apa mimpinya, sebab Allah ta na bagi mimpi tu obvious sangat. rahsia Allah... kalau ta dapat mimpi, boleh ikut gerak hati. bak kata cikgu adah, bila bangun tido, apa yang terdetik tu, tu la jawapannya. tapi, kalau ragu-ragu, jangan putus asa buat sembahyang ni. jangan baru buat satu malam da merungut ta dapat mimpi. kena banyak bersabar. mungkin kita belum cukup ikhlas Allah na bagi terus mimpi tu. Allah bagi sikit-sikit. biasanya, mimpinya bersambung-sambung, sebab tu kena buat berturut-turut.
so, korang buat la keputusan yang terbaik sementara ada masa na istikharah ni. ni soal masa depan. oh ya, aku ada pesanan daripada kak nona. dia kata, korang fikir la betul-betul, jangan main hentam je na masuk matrix, lagi-lagi bila da dapat diploma. universiti tu lagi bagus. kak nona kata, jangan menyesal macam dia bila da masuk matrix nanti. em... pastu sesiapa yang dapat diploma kat uitm, kak nona pesan, memang la diploma tu lama, kan pinjaman ada. tapi kena la bayar balik, sebab tu kena belajar betul-betul kalau na gaji baik bila da kerja nanti. kak nona kata, masuk uitm still boleh afford kalau ta amek pinjaman pun. yuran satu sem dalam lima hingga enam bulan lebih kurang rm500. then, uitm bagi yuran makan rm120 setiap bulan, tempat tinggal pun free... mm... lebih kurang camni la kak nona kata. dia pun pikir na pegi uitm jugak. korang jangan salah faham, kak nona bagi nasihat. dia ta na korang menyesal bila da masuk matrix nanti.
apa-apa pun, korang istikharah ye mintak perunjuk daripada Allah. banyakkan bersabar kalau tade petunjuk lagi. kalau berusaha dan kena caranya Allah mesti bagi. Allah tak kejam. Allah sangat-sangat suka orang-orang macam kita ni bertaubat, bertawakal. sebab kita ni kecik lagi. okey, kawan-kawan. terima kasih kerana membaca :)
le gra, go deo
Monday, March 26, 2012
MUTIARA
ZAHARAH bungkam dalam panahan mata Syamsul. Dirinya bagai sudah terkepung oleh pandangannya yang seolah-olah cuba menyelami hatinya. Dia menguatkan hati daripada tewas oleh pandangan redup seperti itu.
“Tegak. Jangan bergerak lagi,” arah Zaharah dengan suara kecilnya. Dia digigit resah yang bukan kepalang. Lelaki di hadapannya itu sudah seminggu memburunya, tetapi atas kebijaksanaannya bermain helah, dia berjaya meloloskan dirinya daripada ditemui lelaki itu. Tetapi pada hari ini dia kecundang. Lelaki itu lebih pantas memintas helahnya yang tersusun rapi.
“Katakanlah. Aku mendengar,” arahnya lagi.
Lama Syamsul merenung sepasang mata milik Zaharah sehingga wanita itu menjadi tidak keruan. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia memerlukan ketenangan. Bukan mudah untuk berhadapan dengan Zaharah. Jika langkahnya sedikit canggung, dia tidak akan dapat bersua empat mata dengan Zaharah. Wanita itu sudah seminggu mengelabui pandangan matanya dengan helah liciknya.
“Kenapa kau lari dari aku? Salahkah aku berterus terang? Aku boleh berubah jika kau mahu.” Syamsul menggeleng laju. “Aku akan berubah. Aku akan berubah demi kau.” Syamsul berkata penuh yakin. Dalam hati kecilnya, dia memasang azam. Dia mahu berubah menjadi seorang lelaki yang diberkahi Allah. Bukan seperti dulu.
Zaharah hilang punca. Dia mengeluh panjang. Kepalanya ditundukkan seperti selalu, menekur kosong pada tanah. Bukan dia tidak percaya akan kata-kata lelaki itu, tetapi sejarah hidup lelaki itu yang menyebabkan pelbagai persoalan dan tanggapan bermukim di lautan fikirannya. Lelaki di hadapannya itu bukanlah seorang lelaki sejati pada pertama kali berjumpa empat mata.
Detik itu takkan dilupakan sama sekali. Masih tertayang jelas dalam kotak ingatannya pada hari pertama Zaharah bertemu kembali dengan rakan lamanya, Nabihah. Nabihah telah memperkenalkannya dengan seorang lelaki. Nyata jiwa Zaharah dihambat oleh satu perasaan yang sukar dimengertikan.
Mata Zaharah tajam mencerun dari atas kepala sehingga hujung kaki lelaki itu. Rambutnya yang agak panjang tersisir rapi. Wajahnya putih bersih dengan bibirnya yang merah. Jika terdapat perempuan yang lalu lalang, pasti akan terpikat oleh kekacakan wajah Melayu yang dimilikinya. Tetapi, terdapat subang di telinga kirinya. Pandangannya jatuh pada tangannya yang kemas memeluk tubuh. Kakinya pula dikenakan seluar jeans jenis wanita. Ditarik pandangannya ke atas kembali. Dia hanya memakai baju kemeja tanpa kolar berwarna biru lembut. Matanya pula tercalit sedikit celak hitam.
“Kenapa kau tengok aku begitu?” soal lelaki itu tiba-tiba.
Beberapa detik, Zaharah tercengang sebaik suara lelaki itu menyapa gegendang telinganya. Suaranya sangat lembut. Dia ni lelaki ataupun perempuan? Tetapi yang lebih penting, adakah dia ini Islam ataupun bukan? Sekiranya dia Islam, dia sudah sepatutnya maklum tentang hukum syariah.
“Aku perkenalkan. Nama dia Syamsul, panggil Sue saja.” Nabihah memperkenalkan Syamsul kepada Zaharah.
Zaharah masih diam seribu bahasa. Seperti ada batu yang menindih lidahnya untuk petah berkata seperti selalu. Otaknya ligat memikirkan seribu satu macam aral.
Syamsul menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat tangan sebagai tanda perkenalan. “Hai, saya Sue,” ujarnya.
Namun, tangan lelaki itu dibiarkan sepi. Zaharah hanya memandang kosong tangan itu. Dia menarik nafas untuk merendahkan darjah kekecewaannya. Dia kecewa kenapa orang zaman ini sudah lupa asal usul dan jati diri. Malah tidak tahu bersyukur dengan fitrah yang telah Allah kurniakan ini. Amat payah baginya untuk mengukir senyuman, tetapi digagahkan jua. Akhirnya, senyuman hambar berjaya dicalitkan dari bibir halusnya.
“Saya Zaharah.” Dia hanya menundukkan kepalanya sebagai tanda perkenalan.
KINI sudah lebih tiga tahun mereka berkenalan. Dia sudah tidak kekok lagi dengan Syamsul. Malah, lidahnya sudah terbiasa memanggil Syamsul dengan nama Sue.
“Aku selesa hidup seperti ini. Emak aku tidak pernah melarang bagaimana aku hendak menentukan hidupku,” kata Syamsul suatu masa dulu.
Malah menurutnya, dia menghidap sejenis penyakit iaitu Gangguan Pengenalan Jantina. Penyakit ini yang memaksa Syamsul untuk menjadi seperti perempuan. Ujarnya lagi, menjadi perempuan membuatkan dirinya berasa lebih selesa. Setelah sekian lama bergelumang dengan dunia wanita, dia akur dia memang ditakdirkan sebagai salah seorang golongan Hawa.
Ada kalanya simpati Zaharah bertunas di tangkai hati. Hidup Syamsul umpama kapal yang tiada nakhoda di tengah samudera yang berombak ganas. Andai suatu hari nanti, Syamsul mendapat nur daripada Ilahi, Zaharah ingin sekali menghulurkan tangan dan membantunya kembali ke jalan yang lurus.
“Ya Allah, ampunilah dosa-dosa Syamsul. Dia lelaki yang baik. Dia cuma tersalah melalui lorong yang telah Engkau sediakan di hadapannya. Kau berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepadanya supaya dia hidup dengan mendapat keredaan-Mu, ya Allah. Sesungguhnya hidayah itu adalah milik-Mu Yang Maha Agung.” Setiap hari Zaharah mendoakan yang baik-baik untuk Syamsul agar lelaki itu dapat menjumpai sinar hidupnya yang kelam. Zaharah pasti Allah akan membantunya.
Kejadian itu berlaku hampir dua bulan lepas. Pen Zaharah terjatuh dari bangunan tempat belajarnya di tingkat tiga. Habis saja kelas, Zaharah terus ke belakang bangunan untuk mencari pennya yang terjatuh. Pen itu merupakan hadiah pemberian abangnya sebelum abangnya merentas benua ke Ireland untuk menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran. Sewaktu dia menjumpai pen tersebut, pen itu sudah basah kerana terjatuh di dalam longkang. Walau apa pun, Zaharah bersyukur kerana pen tersebut masih elok dan tidak apa-apa.
Sewaktu dia hendak beredar dari kawasan yang sunyi itu, dia terdengar suara seperti sedang berbual. Sayup-sayup suara itu menampar telinganya. Dia cuba memasang telinga akan perbualan mereka. Zaharah menekup mulutnya. Dia beristighfar kuat di dalam hati. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. Berbagai-bagai perasaan buruk menerjah ke benaknya. Seperti magnet kakinya tiba-tiba bergerak sendiri. Dia berjalan ke arah suara yang sayup-sayup itu. Dia mahu memastikan sama ada jangkaannya tepat ataupun dia tidak.
Nyata apa yang didengarinya bukanlah mimpi di siang hari. Dia terlihat Syamsul sedang berlaku sumbang dengan seorang lelaki lain di suatu kawasan tertutup di bahagian belakang bangunan tempat belajar Zaharah tidak jauh dari tempat pennya terjatuh tadi. Hampir saja mutiara jernihnya jatuh dari tubir matanya menyembah bumi. Dia tidak menyangka Syamsul seburuk itu.
Beberapa detik, Zaharah dan Syamsul bersabung pandang. Dunianya seolah-olah berhenti berputar. Zaharah cuba menangkis akan apa yang dilihat, tetapi ianya memang benar belaka. Dia tiada berdaya untuk menafikannya. Akhirnya Zaharah terus meninggalkan Syamsul dengan lelaki itu. Hancurnya hati Zaharah pada ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Dia mahu membantu Syamsul kembali ke jalan Allah, tetapi Syamsul sendiri yang tidak mahu berubah malah berlaku sumbang dengan orang yang sejenis dengannya. Harapan yang dibinanya bersepai sudah. Nauzubillah!
NABIHAH bangkit dari kerusi selepas meminta diri ke tandas. Tinggallah Zaharah dan Syamsul di meja kafe itu. Sejak peristiwa itu, Zaharah dan Syamsul langsung tidak bertegur sapa, malah berlawan pandang pun tidak walaupun mereka berjumpa pada setiap hari selepas mereka bertiga habis kelas atau kuliah untuk makan tengah hari di kafe.
Lama Zaharah dan Syamsul membatukan diri tanpa sebarang kata. Kebisuan Zaharah membuatkan Syamsul tidak senang duduk. Syamsul meneroka setiap inci rona wajah Zaharah, mengumpul kekuatan untuk mengeluarkan butir bicara.
“Zaharah, aku mahu bercakap sesuatu pada kau.” Akhirnya Syamsul menyingkap butir bicara memecah kesunyian yang lama bertamu antara mereka.
Zaharah tetap bermuka tegang tanpa sebarang riak yang menunjukkan dia berminat tentang apa yang akan Syamsul sampaikan. Lelaki durjana sepertinya memang sudah tidak dapat ditolong lagi. Biar dia saja yang menolong dirinya sendiri. Zaharah sudah putus asa. Setiap hari dia berdoa untuk lelaki itu. Dia hanya mahu Syamsul kembali menjadi lelaki. Bukannya mengubah fitrahnya. Rasa benci dan meluat terbuku di dalam hatinya setiap kali dia terpandang wajah Syamsul.
“Aku minta maaf atas apa yang berlaku. Aku tak berniat nak lukakan...” Kata-kata Syamsul mati di situ apabila Zaharah memintas kata-katanya.
“Kau tak perlu minta maaf pada aku. Kau sepatutnya memohon pengampunan daripada Allah sebab aku tak berhak nak berikan kau pengampunan tu. Dan kau juga sepatutnya dah tahu dari awal lagi apa yang kau buat tu sememangnya melanggar fitrah manusia.” Lancar sekali Zaharah melontarkan isi hati yang terbuku selama ini.
Syamsul tertunduk. Dia tidak pasti apa yang telah membuatkannya tiba-tiba berasa lain ketika dia terlihat Zaharah beberapa minggu lepas. Dia nampak air mata Zaharah yang mencederakan kebeningan wajahnya yang putih bersih itu. Kerunsingan semakin membelit jiwanya sebaik dia tiba di rumah. Dia seperti dipagut satu perasaan yang dia tidak pasti.
“Aku rasa aku dah jatuh cinta pada kau.”
Segaris ayat itu membuatkan Zaharah bingkas bangun dari kerusi. “Kau gila!” Tajam matanya menembusi bebola mata Syamsul yang jelas terpamer sinar keikhlasan. Zaharah mengeraskan hati. “Aku tak mahu berkawan dengan lelaki gay.”
Sejurus selepas itu Zaharah terus meninggalkan Syamsul sendirian.
SYAMSUL bangkit dari pembaringan. Dia mengusap mukanya berkali-kali. Dia tidak dapat lena barang sepicing pun. Hatinya kian dibalut debar. Dia sendiri tidak pasti mengapa. “Aku tak mahu berkawan dengan lelaki gay.” Balingan kata-kata nista Zaharah sering kali bermain di kotak fikirannya. Hatinya sedikit membengkak dengan kata-kata itu. Benarkah dia sudah jatuh cinta pada Zaharah?
“Aku tengok kau sekarang asyik diam saja, Sue. Bapuk macam kau pun ada masalahkah? Cuba kau cerita pada aku,” ujar Nabihah pada suatu hari.
Sebetulnya, memang Syamsul ada masalah dalaman. Dia tidak mampu untuk mengolah apa masalahnya. Setiap hari dia diburu resah dan gelisah yang bukan kepalang. Lebih-lebih lagi perkataan ‘jatuh cinta’ itu meluncur dari bibirnya beberapa hari lepas. Dia tidak pasti adakah itu cinta? Selepas peristiwa Zaharah melihat tingkah nanarnya, gambaran wanita itu asyik menari di mindanya.
“Aku tak ada masalah apa-apa.”
Dahi Nabihah berkerut seribu. “Kenapa suara kau dah tak macam dulu?”
Syamsul menoleh. “Tak macam dulu? Maksud kau?”
Nabihah mengoyak senyum sinis. Dia tidak berkata apa-apa tetapi memandang Syamsul dari atas hingga bawah dengan pandangan yang sungguh pelik.
“Kau... dah berubah. Baju kau dah berkolar. Kau dah tak pakai celak. Subang pun kau dah tanggalkan...” Nabihah diam sebentar. Seolah-olah berfikir. “Kau dah ada teman wanitakah?”
Itulah perasaan yang paling sukar untuk diselami. Sifat keperempuanannya bagaikan sudah hilang. Entah ke mana. Sudah seminggu tidurnya bersulamkan mimpi tentang Zaharah. Sudah seminggu juga dia tidak bersua muka dengan wanita yang semakin mendapat tempat di hatinya itu. Kecantikan wajah Zaharah sering menari lincah dalam bayangannya. Semuanya berlaku setelah peristiwa di kafe itu.
Kedua-dua ulas bibirnya menguntumkan senyuman tawar. Kalau benar sekalipun dia telah jatuh cinta pada Zaharah, dia pasti wanita itu takkan mahu menerimanya. “Aku tak mahu berkawan dengan lelaki gay.” Kata-kata yang mempusakai saban detik itulah yang membuatkan dia benar-benar yakin bahawa Zaharah sekarang sedang mengumpul kebencian terhadapnya. Tambahan pula, Zaharah itu alim dan sopan orangnya. Bukan sepertinya. Secalit ilmu Islam pun dia tidak ada di dadanya. Selalu dia nampak Zaharah keluar dari surau. Tapi, dia tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke dalam rumah suci itu. Terasa dirinya terlalu kerdil di mata wanita bernama Fatma Al-Zaharah binti Abdul Jalil itu.
Dia nekad, esok dia akan mencari wanita itu bagi menghilangkan segala kekusutan yang kian bersarang di jiwanya ini.
ITULAH yang berlaku apabila dia sudah bersedia hendak berjumpa dengan Zaharah. Wanita itu asyik mengaburi matanya dengan gaya liciknya yang hanya dia sahaja yang tahu. Namun, dia takkan sekali-kali mengangkat bendera putih.
“Kenapa kau lari dari aku? Salahkah aku berterus terang? Aku boleh berubah jika kau mahu.” Syamsul menggeleng laju. “Aku akan berubah. Aku akan berubah demi kau.” Syamsul berkata penuh yakin. Dalam hati kecilnya, dia memasang azam. Dia mahu berubah menjalani kehidupan yang normal seperti lelaki lain. Bukan seperti dulu.
Zaharah masih diam membisu tanpa sebarang kata. Dia hanya tunduk menekur tanah. Tanpa disedarinya, Syamsul sudah berada di hadapannya.
“Aku mahu berubah, Zaharah. Aku mahu membimbing kau dalam masjid yang bakal aku bina bersama kau. Tapi, ilmu aku belum cukup sempurna untuk semua itu. Masih banyak lagi belum aku pelajari. Aku ini terlalu jahil.” Syamsul berkata dengan nada sayu.
Zaharah tersepit antara kerisauan fikiran dan rasa hati yang menyesakkan dada. Berani Syamsul mengeluarkan kata seperti itu di hadapannya. Kalau maksud sebenar Syamsul untuk berkahwin dengannya, dia takkan sama sekali mengizinkannya berlaku. Harga dirinya terlalu mahal untuk dicemari oleh lelaki jijik persisnya. Masih adakah perempuan yang sanggup menjadi duri kepada lelaki sepertinya? Lelaki yang pernah ternoda oleh orang yang sejantina dengannya. Sungguh menjijikkan.
Zaharah mengucap istighfar sebanyak mungkin. Dia kembali berpijak di bumi yang nyata. Dia pernah berjanji untuk membantu Syamsul sekiranya lelaki itu mendapat nur suatu masa dulu. Tibalah masanya kini dia pula yang mencari jalan untuk menjauhi lelaki itu. Manusia seperti Syamsul perlukan bimbingan yang mendalam tentang agama Islam yang begitu indah dan sempurna ini. Mungkin Syamsul cuma tersalah pilih jalan sehingga menyebabkan dia terjebak dalam kancah hina seumpama melakukan hubungan sejenis seperti yang pernah dilihatnya dulu.
Hati kecil Zaharah mula berputik yakin. Dia yakin pada keikhlasan dan kejujuran Syamsul. Zaharah membanting sarat keluhan. Dia cuba berlagak tenang. “Lusa dah mula cuti semester. Aku nak balik Sabak Bernam. Aku nak kau ikut sekali.”
Kata-kata yang melantun dari bibir Zaharah benar-benar masuk ke dalam telinga Syamsul. Kakinya bagai tidak jejak di muka bumi sebaik ucapan itu menerjah gegendang telinganya. Lambat-lambat bibirnya menguntum senyum nipis.
“Terima kasih, Zaharah.”
TEKSI yang dinaiki berhenti betul-betul di hadapan banglo milik keluarga Zaharah. Sebaik loceng bergema di segenap ruang banglo, ummi keluar dari pintu utama. Ummi mengukir senyuman manis kepada anak gadis tunggalnya.
“Anak ummi sihat tak?” tanya ummi semasa berpelukan melepas rindu yang menggunung terhadap anak gadisnya itu. Dialah racun, dialah penawar kepadanya dan suaminya.
“Sihat alhamdulillah. Walid ada?” Zaharah berkata dengan penuh sopan dan lembut.
“Walid tak ada. Pergi masjidlah ke mana lagi. Sekejap lagi dia baliklah tu. Eh, siapa tu?” Ummi baru terpandangkan Syamsul yang berdiri tegak seperti patung cendana di belakang Zaharah.
Zaharah menggaru kepala yang tidak gatal. Umminya sudah memandang dengan pandangan yang tajam. “Dia kawan Adik. Dia minta tolong.”
Zaharah tidak sempat menghabiskan kata kerana kereta walidnya sudah memasuki perkarangan banglo. Zaharah terus mendapatkan walidnya.
“Siapa tu?” Ada getaran di sebalik suara walid. Dia tahu walid tidak suka apabila dia berkawan rapat dengan lelaki ajnabi. Tetapi, dia mahu membantu Syamsul mencari sinar, bukannya dia membawa Syamsul sebagai teman lelakinya.
Zaharah terus mendakap walid. “Walid janganlah marah. Dia minta tolong daripada Adik. Adik kasihan tengok dia. Adik pasti walid dapat tolong dia kembali ke jalan yang benar.” Elok sahaja kata-kata itu keluar dari bibir halus Zaharah.
Perasaan marah terus surut sebaik anak gadis bongsunya mendakapnya. Itu menunjukkan Zaharah tidak bercakap bohong.
“Sudah. Mari angkat barang, bawa dia masuk sekali.”
“KEHIDUPAN saya dari kecil memang tak pernah kenal apa itu solat. Emak saya tak pernah hantar saya ke sekolah agama. Saya cuma belajar agama di sekolah rendah saja. Bila masuk sekolah menengah, saya belajar, tapi kadang-kadang saja. Apabila cikgu menilai dari aspek-aspek yang dikehendaki, saya hanya menurut dalam buku saja. Saya tidak pernah praktikkannya di rumah. Sebab emak saya sendiri tidak pernah mengajar saya untuk buat itu semua. Emak saya selalu balik malam. Emak tidak pernah kisah apa yang saya buat sama ada saya balik rumah ataupun tidak.
Saya mula jadi seperti perempuan apabila saya belajar di pusat pengajian diploma. Ketika itu saya rasa sangat tidak selesa dengan keadaan diri saya sebagai seorang lelaki. Apabila kawan lelaki saya kacau saya, saya mudah melatah macam orang perempuan. Ketika itulah baru saya mengetahui bahawa saya memang sesuai menjadi seorang perempuan.” Syamsul membuka kisah sejarah yang tercoret dalam diari hidupnya satu persatu. Yang lain hanya memasang telinga dengan khusyuk mendengar cerita Syamsul termasuklah Zaharah.
Syamsul tiba-tiba menjatuhkan lututnya di hadapan ayah Zaharah, Abdul Jalil atau lebih selesa dipanggil sebagai Pak Aji. “Pak cik, saya dah jauh sangat terpesong. Saya tak mahu kekal dalam kepompong yang sama, pak cik.” Ada mutiara jernih mengalir dari pelupuk matanya.
Bahu Syamsul disentuh lembut. “Alhamdulillah kau mendapat hidayah daripada-Nya. Betapa besarnya kekuasaan Allah sehingga Dia mampu mengembalikan apa yang kami sendiri tak jangka.” Pak Aji sempat meraup mukanya sebagai penzahiran kesyukuran kepada Yang Maha Besar. “Ikut pak cik naik atas.”
Syamsul bangkit dan mengekori Pak Aji naik ke tingkat atas. Pak Aji membawanya ke sebuah bilik di tengah-tengah ruang tingkat dua itu. Perlahan-lahan daun pintu dikuak. Bilik itu disirami cahaya matahari yang kian mencondong ke ufuk barat.
“Ini bilik solat rumah ni. Kau sangat dialu-alukan ke sini. Ambil buku ni, baca dan fahamkan. Ada apa yang tak faham panggil pak cik di bilik sebelah. Masuk Asar, kita sembahyang,” ujar Pak Aji. Buku di tangannya bertukar ke tangan Syamsul.
Syamsul memandang kosong buku bertajuk ‘Mari Sembahyang (Bagi Lelaki)’ yang sudah agak lama itu. Dia seperti baru mendapat semangat apabila membaca tajuk buku itu. Satu-persatu helaian buku itu dibelek dengan penuh teliti.
Berkat dan kegigihannya belajar untuk menimba ilmu Islam, Syamsul sudah dapat menguasai bacaan dalam solat dan beberapa kalimah dalam al-Quran dalam masa seminggu sahaja. Semuanya kuasa Tuhan, siapa yang sangka.
Suatu petang yang damai, Syamsul duduk berteleku di pangkin di hadapan banglo itu dengan ditemani buku baru yang dibeli oleh Pak Aji bertajuk ‘Andai Tiada Syurga dan Neraka’. Buku itu banyak mengajarnya apa yang benar dan salah di sisi undang-undang dan syariat Islam. Membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.
Kisah silamnya kembali membesar dan menjelajahi benaknya. Alam kanak-kanaknya tidak seperti kanak-kanak lain. Dunianya hanya diulit kesenangan dan tidak perlu berfikir apa-apa mengenai kewajipan. Dia memang tiada ayah sejak kecil. Emak cakap, ayah telah menceraikannya dan emak sudah malas hendak bercakap mengenainya. Jadi, dia tidak mahu bertanya lagi kerana hal itu akan mengundang kemarahan emak.
Sejak kecil dia mengasuh dirinya untuk keluar rumah setiap kali dia kebosanan. Dia keluar melepak di pasar raya dan bermain permainan di kafe siber. Dia tidak pernah berfikir betapa susahnya belajar ilmu untuk mendapat kesenangan hidup pada hari mendatang. Dia dilabel sebagai ‘budak genius’ kerana sehingga sekarang dia memang cepat menangkap apa saja yang diajarkan kepadanya. Tetapi jarang-jarang sekali dia mengamalkannya kerana dia memang tidak pernah terfikir untuk berbuat sedemikian. Ilmu agama yang dipelajarinya dulu hanya tinggal habuk saja di satu sudut di dalam hatinya. Ilmu itu dibiarkan sepi tanpa berusik.
Semasa belajar di pusat pengajian diploma, dia menyedari sifat keperempuanan yang mula terserlah dari satu ceruk di dalam hatinya. Pada mulanya memang itulah yang berlaku. Sehingga dia masuk ke universiti dan berkenalan dengan ramai orang. Entah bagaimana dan mengapa dia sudah mula berjinak-jinak untuk berkenalan rapat dengan lelaki. Sehinggalah dia berlaku sumbang dengan lelaki di tempat terbuka seperti di belakang bangunan. Sebenarnya, sudah acap kali dia melakukannya. Tetapi tiada siapa pun yang dapat menghidu kecuali Zaharah.
Wanita itulah yang telah mengetuk hatinya untuk kembali ke jalan yang diredai Ilahi ini. Syamsul memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dia tidak pergi terlalu jauh ke alam fantasinya bersama orang sejantina dengannya. Kini, dia ialah Syamsul yang baru. Dia mahu menenggelamkan kisah silam itu jauh-jauh dan tidak akan menariknya kembali lagi. Kisah silam itu terlalu pahit untuk diolah semula ke mindanya. Kisah silam itu adalah kesilapannya yang menggunung tinggi. Tiba waktunya untuk dia mencantas gunung itu supaya ia tiada lagi dan akan diganti dengan selautan mutiara yang bersinar.
ORANG ramai sudah memenuhi ruang masjid yang sunyi sedari tadi. Hari ini adalah hari pertama Syamsul menjejakkan kaki ke masjid. Ketenangan mula menyelinap masuk ke setiap rongga badannya tatkala dia melangkah masuk. Dia tidak pernah berasa setenang ini.
“Syamsul.” Panggilan Pak Aji mematikan lamunannya yang jauh entah ke mana. Dia segera melangkah ke arah Pak Aji.
“Ada apa pak cik?” tanyanya.
“Sekarang dah masuk waktu. Pak cik nak kau jadi muadzin.” Permintaan itu dibalas dengan senyuman dan anggukan daripada Syamsul. Dia menarik nafas dan melaungkan azan. Kalimah suci itu bergema di seluruh sarwa pekan itu. Suaranya yang sayu menusuk ke kalbu orang yang mendengar.
Ketika solat itulah baru Syamsul mendapat jawapannya. Dia sudah tahu mengapa Zaharah membawanya pulang ke Sabak Bernam. Pak Aji ialah imam yang terkenal di pekan ini. Pak Aji juga selalu memberikan kuliah pagi di masjid dan kerap dijemput menyampaikan ceramah di sekolah-sekolah. Oleh sebab itu jugalah Zaharah sentiasa menjaga adab dan santunnya.
“Assalamualaikum Pak Aji.” Satu suara menegur Pak Aji sebaik dia habis mengajar Syamsul mengaji.
“Waalaikumussalam,” balas Pak Aji seraya menyambut tangan lelaki itu.
“Lama dah tak nampak Pak Aji. Sihatkah?” tanya lelaki itu.
Pak Aji masih tak lekang dengan senyuman di bibirnya. Dia berasa sangat senang kala ini. “Sihat alhamdulillah. Aku mengajar orang di rumah.”
“Siapa? Menantukah?” Lelaki itu bertanya sambil memandang sekilas ke arah Syamsul yang sedang mengemas al-Quran di raknya. Dia memang tidak pernah nampak Syamsul sebelum ini. Dan lelaki itu sememangnya bukan berasal dari pekan kecil di Sabak Bernam ini.
“Eh, tak adalah. Kawan anak aku. Tolong ajar sikit-sikit saja.” Pak Aji tersipu-sipu apabila dikatakan Syamsul itu ialah menantunya. Dia tidak pernah terfikir ke arah itu.
KEBETULAN dua orang abang Zaharah pulang ke tanah air pada minggu terakhir musim cuti Zaharah. Sehari sebelum Zaharah pulang ke kampus, mereka sekeluarga menghabiskan masa berkelah di taman rekreasi berdekatan dengan rumah mereka.
“Abang Long dengan Abang Ngah tak nak cakap nak balik. Adik dah nak balik dah,” ucap Zaharah dengan nada manja.
“Alahai, kasihannya adik abang. Kami pun tak rancang nak balik. Bila tahu Angah pun cuti, Abang pun cakap nak balik. Adik rindu pada Abang ya?” Abang Long memeluk mesra bahu Zaharah yang sedang membantu ummi menyediakan makanan di atas tikar.
“Mestilah.” Zaharah terus mengalihkan tangan Abang Longnya yang melambat-kan pergerakannya. Lalu, disumbatkan sandwic ke dalam mulut Abang Longnya. Abangnya yang sulung ini yang melanjutkan pelajaran di Ireland. Manakala, abangnya yang kedua menyambung pengajiannya di Jepun dalam bidang Kejuruteraan. Hanya dia saja yang belajar di dalam negara. Dia tidak mahu berpisah daripada kedua orang tuanya yang sangat menyayanginya. Sudah tentulah kerana dia adalah anak bongsu dan anak gadis tunggal dalam keluarganya.
“Adik nampaknya dah ada abang baru...” Abang Ngah menyampuk dari belakang. Sejurus selepas dia habis berkata, tubuhnya menjadi mangsa balingan bantal daripada Zaharah.
“Mana ada!” Zaharah menyuakan garpu ke arah abangnya.
“Adik jangan main-main dengan garpu. Tajam tu.” Ummi memarahi Zaharah yang seolah-olah hendak bermain pedang dengan Abang Ngahnya.
“Ummi tengok Abang Ngah...” Zaharah segera meletakkan kembali garpunya ke dalam bekas. Mujur saja Syamsul sedang berjalan jauh dari tempat mereka sedang menyiapkan makanan. Jika tidak, pasti lelaki itu akan membocorkan apa yang berlaku antara mereka sebelum dia pulang tempoh hari. Dia tidak mahu bersama lelaki itu walaupun dia hidupnya sudah dipenuhi cahaya keimanan sekalipun. Adakah Zaharah terlalu memilih?
Abang Long mendekati Syamsul yang jauh termenung di hujung taman. Pandangannya dilemparkan jauh ke dalam kolam. Entah memikirkan apa.
“Jauh termenung,” tegur Abang Long dari belakang.
Syamsul terus kembali berpijak di bumi yang nyata. Dia tersipu-sipu tatkala ditegur sebegitu. “Tak adalah.”
“Aku dah dengar cerita kau daripada walid semalam.” Abang Long memulakan bicara, cuba memancing perbualannya, sekali gus mengorek rahsia Syamsul yang tersimpan kemas di dadanya.
Entah kenapa hati Syamsul dibalut debar. Dia tidak tahu apakah yang bermain di fikiran lelaki di sebelahnya. Dia pasti lelaki itu hebat mengecamnya atas sebab dia yang berperangai buruk sebelum ini.
“Setiap orang mampu berubah. Kalau tidak menjadi yang terbaik pun sekurang-kurangnya jadilah yang lebih baik,” ucap Abang Long seperti sudah mengagak apa yang berlegar di benak Syamsul. Dia tiba-tiba menoleh dan mengulum senyuman kepada Syamsul.
Syamsul jadi pelik.
“Kau ada hati pada adik aku?” Soalan itu keluar secara terus dari mulut Abang Long. Sejak dia pulang semalam, dia sudah dapat mengagaknya. Tapi, dia hanya diamkan saja.
Syamsul tertunduk malu. Tiada sebarang kata yang boleh dia luahkan. Dia kalah dalam peperangan menentang hatinya sendiri. Dia tidak mampu berbohong pada dirinya sendiri. Dia telah mencicirkan kasihnya kepada Zaharah.
“Kalau kau ikhlas menyayangi dia, aku yakin aku, Angah, walid mahupun ummi sudi terima kau.” Abang Long memberikan Syamsul sokongan. Dia sangat mengenali adiknya yang tunggal itu. Dia memang tidak betah dengan lelaki. Setakat kawan biasa saja dia masih boleh bertahan.
“Tapi, perjalanan hidup kau berdua masih terlalu jauh. Berusahalah ke arah kejayaan yang hakiki di akhirat kelak. Orang yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai pedoman. Lebih-lebih lagi orang macam kau. Andai hidup kau bergelumang ketidakpastian dan kekalutan, carilah ketenangan dengan mengingati Allah. Allah tidak pernah lupa hamba-Nya. Kita saja yang terkadang alpa pada-Nya. Cendekiawan ada berkata, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Kalau kau tak kenal Tuhan, kau bukan manusia yang baik,” nasihat Abang Long lagi. Sedari kecil lagi dia diasuh mengenal Tuhan dan agama oleh walid sendiri.
Syamsul masih membatu dalam duduknya. Dia akur akan setiap patah kata yang terbit dari bibir lelaki di sebelahnya itu bukanlah omong-omong kosong.
“Kadang kala kita meminta kepada Allah setangkai bunga segar, tetapi Dia memberi kita kaktus berduri. Kita meminta kupu-kupu, tapi diberi-Nya ulat. Kita sangat kecewa dan sedih tetapi berkat kesyukuran dan kesabaran, tak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi seekor kupu-kupu yang sangat cantik. Begitulah cara Allah mengasihi hamba-Nya. Biasanya yang indah itu akan tiba pada waktunya.”
SATU anjakan paradigma berlaku sebaik musim cuti tamat dan semua mahasiswa dan mahasiswi kembali ke kampus. Semua orang kagum dengan perubahan yang berlaku pada Syamsul. Malah Syamsul akan memarahi sesiapa saja yang memanggilnya dengan nama Sue lagi.
“Zaharah aku nak minta tolong boleh?” kata Syamsul pada suatu hari. Ketika itu Syamsul baru habis menunaikan solat Asar di surau kampusnya. Hari ini dia perlu menghadiri kuliah yang agak lama. Kebetulan sewaktu dia keluar dari surau, dia terlihat kelibat Zaharah.
Zaharah mengangkat muka. “Apa dia?” jawabnya acuh tak acuh.
“Aku nak minta tolong kau tengok aku mengaji,” pintanya sambil menunjukkan al-Quran yang dibawanya di dalam tangan kanannya.
Hati Zaharah diselubungi oleh satu perasaan yang sukar ditafsirkan sebaik permintaan itu menyapa telinganya. Zaharah menganggukkan kepalanya sambil berjalan ke arah meja batu yang berdekatan.
Syamsul tersenyum senang. Dia menimbang tara di dalam hatinya bahawa Zaharah sudah tidak marah lagi padanya. Bermakna masih ada masa lagi untuk dia berbaik dengan Zaharah sebelum semester terakhir ini tamat.
MENUNGAN Zaharah melangit. Dia mencari ketenangan di atas bumbung fakultinya. Itulah yang dilaziminya untuk menenangkan fikiran yang kusut dengan pelajaran dan masalah dengan melalaikan diri menikmati alam ciptaan Allah ini. Alam hijau dicoret oleh cat alam semula jadi sememangnya mententeramkan jiwanya yang dirudung masalah.
“Hai.” Tegur suatu suara
Hampir luruh jantungnya sebaik disergah tanpa salam itu. Mujurlah jantungnya tersimpan kemas di dalam dadanya. Masih boleh berdegup tenang tanpa berlumba-lumba. “Mana kau tahu aku di sini?”
Syamsul mengukir senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipitnya yang mampu menggetarkan jiwa wanita milik Zaharah. Terus tertunduk wanita itu.
“Bukankah kau selalu duduk seorang diri di sini sambil menenangkan fikiran?” Sebaliknya Syamsul bertanya semula. Sepanjang hampir empat tahun dia mengenali Zaharah, dia sudah arif ke mana akan Zaharah pergi jika jiwanya dikurung masalah yang tidak berpenghujung.
“Aku nak minta maaf atas apa yang aku katakan sebelum cuti tempoh hari. Aku bingung waktu tu. Aku cuma melakukan apa yang lelaki lain lakukan dan tak melanggar fitrah manusia seperti dulu. Aku harap kau tak marah pada aku lagi,” ujarnya perlahan. Pandangannya kembali menerjah biru langit pada petang itu. Sepanjang dia tinggal di rumah Zaharah, langsung Zaharah tidak bercakap dengannya. Jika ada pun hanya apabila perlu sahaja.
“Tak apalah. Aku juga mahu meminta maaf atas penghinaan aku. Aku marah waktu tu.” Zaharah merendahkan egonya memohon kemaafan daripada Syamsul.
Syamsul tersenyum lagi. “Tak apa. Kalau bukan sebab tu, mungkin sekarang ni aku masih lagi lelaki yang tidak sedar diri. Terima kasih atas segalanya. Kau menyedarkan aku betapa pentingnya mengenal Tuhan dan kau membantu aku mencari mutiara yang jauh ke dalam lautan hati aku. ”
Zaharah menggeleng lambat-lambat. Matanya masih lagi memandang jauh ke wajah petang dari atas bumbung itu. Angin petang menampar lembut wajahnya. “Aku dan walid cuma menolong apa yang kami termampu. Kau yang berusaha dan hasilnya kau sendiri yang rasa.”
Syamsul teragak-agak tapi dia mengangguk juga. Jika bukan kerana mereka berdualah Syamsul sudah menjadi Syamsul dan bukan lagi Sue. Syamsul mendongak ke langit mencari jawapan. Dia sudah mendapat mutiara yang jauh tersepit di satu ceruk di dalam lautan hatinya yang dalam berliku. Tidak akan dia melepaskannya begitu saja. Itulah mutiara hidayah yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)