Tuesday, January 6, 2015

Kawan

Kawan. Dulu time sekolah aku tak berapa nak ada perasaan sangat. Aku tak matang time sekolah. Macam budak2 hingusan (macam sekarang ni ha tengah selesema kira hingusan la kan). Aku sentiasa bersendirian. Ke mana2 sendiri2 je. Masuk tido pukul 12:30am, bangun pukul 4:30am pun sensorang. Org cakap aku sombong, kuat marah. Budak2 lagi kan. Hahaha school times is bad times for me. Aku rasa aku terlalu sombong dan selfish. Belajar, belajar sensorang. Dapat A, dapat A sensorang. Diorang cakap "Ecah kencang siot." Tapi Ecah sensorang. 
Sekarang, aku belajar sensorang jugak. Tapi aku dah faham erti kawan. Aku akan buat apa saja asalkan kawan2 aku sekarang happy. Even benda tu susahkan diri aku sendiri. Aku taknak ulang apa aku buat dulu. Taknak jadi Ecah yg dulu. Ecah yg ada dunia dia. Dunia sombong dia. Sekarang aku ada dunia sendiri jugak, tapi aku dah pandai border kan dia supaya boleh multitasking. Win-win situation. 
Aku tak nak cakap sahabat. Sebab sahabat tu memang takkan lekat pada aku. Aku fobia. So, kawan. Friends. Friends are family 😊

Friday, December 5, 2014

A FANATIC?

Everyone knows One Direction. Right. This is the truth.

I'm not a fan of 1D. I was the best hater of that boy band. I can't even hear their names. When there's an advertisement on the radio about them, I'd rather change to other radio station. All my classmates know that I hate 1D. And...one of classmate has a caller ringtone of "Story of My Life." When I phoned him, that song will be in my ears. I scolded him and then he changed to "Happy". Best hater, aye?

But what's happened in the last one month was...

There's a friend. I really love her. She's like my own sister. I'll do everything for her. She knows I hate 1D. I don't know what's on her mind, for a week, she never fails to ask me to watch 1D videos. Okay, I tried at first. I told her, I'm sorry if I can't stand it. Not less than 2 minutes, I closed it. It's sucks! I can't help myself about it. I hate to see the fandom. Like seriously. Sorry to all Directioners if the contents of this post irritates you. But I'm not humiliating anyone. . 

One peaceful afternoon, I was resting in my classmate's room. I had a class in the evening. I'll go to the class with her that's why I stayed in her room. My classmate was sleeping. I was about to sleep too when my friend's daddy texted me and asked why her daughter sulking in the room. I was like, "O...kay... am I the one who should be blamed..?" At that time, I was really really angry. My heart felt like to explode at all time. I asked myself, why must I agree for something that I don't like at the first place...? Just fucking why??

Two days before, I cried every night and asked myself, what is the best solution for this issue? I don't want to get involved in any fandom anymore because I'm tired. I want to focus on my study and get back on track because my pointer for last semester is a bit frustrating. Every time after sholah, I prayed. I asked Allah for the best solution. I don't want to hurt my friend because I love her but that would be a burden to myself. I will carry that "FANDOM" everywhere I go. Y'know when you become a fan of someone, you'll always remember him/her. Everything happened in front of you will remind you of him. Ahhhh I'm really tired of being a person like that!

Okay, after that, I went to sholah and cried again. I told myself, "Just do it for her." I took a heavy breath and texted her. I apologized and said I will try to like them. Barely texted that! 

In Islam, if you are sincere in that decision, you'll never ask again why you did it at the first place. I'm not that good but I can't make a decision by my own. Because I don't know my future. I want to make a decision that will make the best for me and my future (even it's just One Direction).... and also for others. I don't want t regret to everything that I've decided. So...... I decided to be a fan of 1D...because my friend wants it. I know she just want to put away the HATE from my heart. And I know I shouldn't hate anyone. 

And now, I'm a Directioner!

I can't believe I admit it now. My classmates keep asking why suddenly and why and why and they don't believe it. Yet, they have to. It's a drastic change of myself. But I can't deny I love Westlife more. And I'm still don't feel like meeting them. Oh, last two weeks, my friend tagged me on Facebook about 1D's going to Singapore (?) - I don't really take port about that. Hotlink (mobile network plan) is having a contest and they will send the winner to Singapore to watch 1D for free. Sorry that I have no interest to meet them.

Haha ask me who's my fave. I would say I love Louis for no reason. I love Harry's voice and dimples! I love Zayn's uniqueness, Liam's accent and Niall's laugh! 

Actually, what happened to me for the last 3 years knowing this band (I know this band in 2011) and hate them is just a fear. I keep denying myself to not to have any interest in the band. It's different from pretending. I'm not pretending for 3 years! I denied that I can be a fan because of fear. I'm scared. I have no explanation why I have to be scared. Seriously! 

So that's the end of my weird story. 

Thursday, August 1, 2013

The Lost City of Atlantis aka Tasik Qarun/Laut Mati??

Tasik Qarun


Lagi isu pasal The Lost City ini. Pagi tadi lepas bangun tdur dapat ilham macam ni. Jadi aku pun buat research sikit mengenai Tasik Qarun. Tasik ini terletak berhampiran al-Fayyoum (di Mesir rasanya). Diceritakan Qarun ni hidup pada zaman Nabi Musa a.s. Allah telah melimpahkannya kekayaan yang sangat melimpah ruah sehingga dalam blog yang aku baca itu mengatakan, 

"Difahamkan bahawa untuk membawa kunci-kunci gudang sahaja Qarun, sebanyak 100 ekor unta diperlukan"

Lihatlah betapa Allah melimpakannya dengan nikmat kekayaan. Namun, Qarun terlalu bangga dan tidak membayar zakat, sebab itulah Allah menimpakan azab ke atasnya dan istananya yang dikatakan pada asalnya mempunyai 6 tingkat, iaitu, Qarun dan hartanya ditenggelamkan ke perut bumi. Dikatakan lagi, sehingga ke hari ini bumi tidak menerima Qarun dan hartanya itu. Dalam blog yang aku baca tu, katanya, 

"Ada yang menyatakan harta Qarun masih tenggelam sedalam satu hasta sehari sehingga ianya mencecah perut bumi (salah satu daripada tanda akhir zaman)"

Tu la, Qarun ni terlalu membangga diri dengan kekayaan yang dia ada, sehingga Allah murka kepadanya.

Sejarah mengatakan tasik ini mempunyai keluasan kira2 55000 hektar. Dalam blog National Geographic semalam, katanya Atlantis kaya dengan emas dan perak. Hm, mungkin juga ada kaitan dengan harta2 Qarun ini mungkin? Berkenaan dengan Laut Mati, tiada bukti yang mengatakan Laut Mati ialah Tasik Qarun. Tapi aku ada baca juga mengenainya. Katanya, Tasik Qarun ini masin yang tidak terhingga sehinggakan manusia boleh terapung tanpa menggunakan pelampung. Dan tasik itu dinamakan Laut Mati. Entah kenapa namanya 'Mati'.

Dalam kebanyakan cerita yang aku baca mengenai Tasik Qarun ni, takde satu pun yang kaitkannya dengan The Lost City of Atlantis. Adakah sebenarnya Atlantis ni mitos orang kafir yang sebenarnya mereka menyembunyikan kisah2 para anbia (contoh seperti kisah Qarun ini)? Bak kata ustaz aku sendiri, slang orang kafir dengan orang Islam tak sama. Atlantis dengan kisah Qarun? Hm... dua slang yang berlainan. Yang terkini yang aku baru baca mengenai gunung emas di Sungai Efrat, bawah Tasik Qarun tu pun ada emas. Cumanya diorang taknak gali sebab nanti ada fitnah. Ada hadith yang mengatakan (lebih kurang macam ni la) "takkan munculnya hari kiamat selagi Efrat dibalikkan semula menjadi gunung emas dan direbutkan oleh manusia." Istilah yang digunakan ialah "dibalikkan". Kisah dibalikkan ni kan semalam punya isu; kisah kaum Nabi Luth a.s.? Tapi takde sorang pun yang cerita dalam negeri tu kaya raya, penuh dengan harta. Yang diceritakan cuma orang2 dalam negeri tu sangat kacak dan cantik rupawan. Cuma kejinya mereka semua mengadakan hubungan sejenis (euwww).

Laut Mati 


Tapi bila aku search pasal Laut Mati semuanya kisah2 Nabi Luth. Kenapa eh? Aku tak rasa macam tu. Laut Mati katanya terletak di Jordan. Manakala kisah Nabi Luth katanya di Laut Mediterranean. Qarun di Mesir dan Atlantis di Spain? Nampaknya seperti tidak ada kaitan. Tapi aku yakin kisah Atlantis ni ada kaitan dengan ketiga-ketiga kisah Nabi di atas. 

Dikatakan boleh terapung tanpa pelampung di Laut Mati 


Atlantis... sebuah kota yang hilang. Dipercayai terletak di dasar laut, mempunyai banyak harta. Lebih fit dengan kisah Qarun kan? Bila aku search pasal Atlantis, takde pun yang cerita bagaimana Atlantis tu boleh tenggelam. ha... nampak sangat mitos ni tak habis diceritakan. Katanya, mula mempercayai Atlantis itu wujud masa mencari bangkai Titanic yang karam di dasar laut sedalam 2.5km. Masa cari bangkai kapal tu, diorang terjumpa ada tokong, ada bangunan lama. Sebab tu mula percaya yang Atlantis ni wujud. 

Ada banyak sangat versi pasal Atlantis ni sebab sumbernya hanya mitos yang ditulis oleh Plato (zaman pra-sejarah). Nampak sangat orang2 kafir hendak mengelirukan kita semua. Bercakap mengenai zaman prasejarah. Dalam al-Quran tidak pernah menyatakan zaman2 ini. Cuma zaman nabi2 saja yang disebutkan. Ah kisah ni jadi makin rumit. Aku yang tak cukup ilmu ni belum boleh buat apa2. 

Ada satu yang best masa search tadi.jeng3...

Teori Baru Mengenai Atlantis

 
Atlantis sebagaimana yang digambarkan Plato (keadaannya secara bulatan sfera seolah seperti pulau Santorin sebelum ia meletup (rujuk rajah pembentukan Santorin sebelum & selepas letusan Santorin berlaku)


Baru2 ini, ada pendapat menyokong bahawa kepulauan Santorin, Crete & sebahagian pulau di Aegean adalah benua mitos Atlantis yang hilang sebagaimana yang diterangkan oleh Plato dalam kisahnya. Teori ini kemudian ditambah dengan kemajuan sebuah peradaban yang terkehadapan di Atlantis sebagaimana yang digambarkan Plato - berkemungkinan adalah tamadun Minoan & Santorin pula dahulunya sebahagian daripada kota2 mewah metropolis Minoan yang dimusnahkan oleh letusan gunung berapi & ditelan tsunami.

Adakah Paras Laut Naik & Menelan Atlantis?

Kerja2 arkeologi terkini di pulau Santorin mendapati wujudnya sebuah kota Minoan purba berusia 3500 tahun yang ditenggelami hampir separuh ke dasar laut. Kerja penggalian yang dilakukan oleh  University of Athens menemui rumah kediaman Minoan dari rumah setingkat, 2 tingkat hingga 3 tingkat serta pelbagai artifak Minoan yang lain. Ketiadaan tengkorak atau rangka manusia di tapak kota itu menyatakan bahawa penghuni kota mendapat amaran awal sebelum letusan berlaku & sempat meninggalkan pulau berkenaan.

Samada Santorin & penempatan Minoan yang lain di kepulauan Aegean merupakan sebahagian dari tamadun Atlantis yang hilang belum dapat dipastikan sepenuhnya. Lagenda Atlantis sebagaimana lagenda lainnya tidak dapat disahkan kerana hanya berdasarkan cerita dongeng rakyat dari mulut ke mulut. (Rujukan "Perennial Atlantis," Sea Frontiers, Vol. 18, Nos. 1 & 2, 1972.)

Kemungkinan bahawa Atlantis atau sebahagian kota2 utamanya tenggelam akibat oleh paras lautan yang meningkat naik tidak boleh ditolak. Yang pastinya, kenaikan paras lautan berlaku di seluruh dunia & melibatkan semua lautan & laut dalam. Kesanya ketinggian paras lautan turut melibatkan Lautan Mediterranean disebabkan ia bersambung dengan lautan Atlantik melalui selat kecil Gibraltal.

Paras laut telah berubah sepanjang 20 000 tahun lalu disebabkan kecairan glacier & kecairan ais dari kutub utara & selatan. Ini secara drastik mempengaruhi kandungan air di lautan & kadar peningkatan air laut. Pada penghujung 20 000 tahun setelah dunia menuju ke era setelah Zaman Glacier Wisconsian, glacier telah mencair & mengecil ke utara & kadar ketinggian laut meningkat lebih 270 kaki.

Dari 8000 SM hingga 3000SM, laut telah meningkat secara mendadak hingga 18-21 kaki berbanding masa sekarang. Ketika 1600 Sebelum Masihi, kadar ketinggian paras laut meningkat, kemudian menurun ketika musim antara glacier yang singkat. Pada 700SM, kadar ketinggian paras laut Mediterranean dalam 12-15 kaki lebih rendah dari paras sekarang & pada 800 Masihi, paras laut meningkat 7 kaki persegi di bawah paras laut sekarang. Namun begitu, paras laut kembali meningkat tahun demi tahun sejajar dengan kecairan ais di kutub & meningkat dalam kadar 1.15 millimeter setiap tahun. Ini adalah anggaran konservatif yang dibuktikan menerusi penemuan arkeologi, hutan yang ditenggelami air dan kesan bukti tidak langsung.

Kan? Ianya cuma mitos yang kita sendiri sukar nak percaya. Yang ini baru dalam Malay. Yang dalam English, fuh melambak lagi. Cuma tak sempat nak cari. Kebanyakannya kaitkan dengan sejarah, astrobiology, geology..... macam2 lagi la. 

Blog tadi tulis lagi, 

Lagenda Atlantis walaupun dulunya mungkin dari mulut ke mulut, ianya bermula apabila Plato (428SM - 348SM), ahli falsafah Yunani era Klasikal pada zaman mudanya telah mengembara mencari ilmu ke Itali, Sicily, Mesir & Cyrene sebelum pulang ke Athens pada usia 40 tahun. Ketika dia mengunjungi Mesir (yang ketika itu di bawah jajahan empayar Parsi Achaemenid), Plato mengetahui mengenai mitos Atlantis dari rahib Mesir yang mengatakan dahulunya pada kurun ke 6 SM (200 tahun sebelum zaman Plato) ada seorang tokoh reformis Athens, Solon (638SM - 558SM) yang melawat di kota purba Mesir iaitu Sais & mendapat tahu riwayat kisah Atlantis  dari seorang rahib. Dikatakan rahib ini telah membuat penterjemahan rekod sejarah lampau dari penulisan heroglif Mesir ke bahasa Yunani dari kertas papyrus.

Jika apa yang dikata Plato adalah benar, maka masyarakat purba Mesir adalah bangsa yang berhubungan dengan tamadun Atlantis & hikayat dongeng Atlantis bukan sekadar kisah mulut ke mulut, tetapi pernah tercatit dalam rekod Mesir purba! Walaupun rekod berkenaan (mengenai Atlantis) sudah tiada ditelan zaman, tetapi berdasarkan karya Plato, sekurang2nya dahulu kisah mitos Atlantis telah tercatat dalam rekod purba Mesir di kota Sais & para rahib Mesir lebih mengetahui kisah mitos ini.

Tetapi, kini bukti baru dari rekod Mesir bakal menggemparkan pengkaji sejarah Atlantis .... malah mendekatkan lagi mitos Atlantis dengan tamadun Minoan!

Sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=646729

Ha, yang ni baru betul versi kafir yang berkaitan dengan sejarah. Segala ketidak puasan hati aku dah terlerai. Memang kisah Atlantis tu mitos dari mulut ke mulut. Sebab Plato takde tulis langsung bagaimana Atlantis tu boleh tenggelam. Cuma tercatat dalam sejarah Mesir Purba. okay, got it? Cuma misteri semua ni je la yang belum terlerai. Kita tunggu kata saintis. 

Hm, empat kisah sejarah yang berlainan tapi berkaitan. :)

Plato... kalau kau tulis sepatah je dalam karangan kau, tak payah nak sebabkan isu macam ni timbul. Lain kali kalau nak menulis biar lengkap. Wujud atau tak Atlantis tu ha? Kau bangun dari kubur kau sekarang dan jawab pertanyaan ni! 

Dari segi geologi, susah nak kata macam mana boleh timbul isu Atlantis dan kisah2 Nabi. Sepatutnya dua2 ni boleh dikaitkan. Sebab hanya Allah yang Maha Mengetahui. So, bila kita rungkai sejarah Nabi, boleh kaitkan dengan zaman prasejarah dunia. 

Hidup ni penuh dengan misteri. Semoga saintis yang sedang kaji tu dapat rungkaikan misteri ni. :) 

Wallahu'alam.

Wednesday, July 31, 2013

The Lost City of Atlantis aka kaum Nabi Luth a.s.


Story of the day is The Lost City of Atlantis. Hm looks like the mysterious is going to be end. Kalau ikut kisah Islam, Atlantis of Empire ni sebenarnya kisah nabi Luth a.s. tak percaya? Hayati kisah nabi Luth yg mana dulu Allah turun kan azab kerana mereka membuat hubungan sejenis dan telah menterbalikkan bumi mereka. So that's why wujudnya kisah sebuah kota di dalam laut. 
Dikatakan Atlantis ini terletak di Atlantic Ocean. Atau ada yg kata terletak dia Laut Mediterranean berhampiran Spain. Sekarang saintis2 masih lagi mengkaji pasal ni. Tapi rasanya aku dah tau dulu.
Pasal kaum nabi Luth a.s. yg degil ni, atau pun rakyat Atlantis ni, hm tak payah nak bangga sangat sebab diorang semua tak beriman. Sebab tu Allah turunkan bencana yg macam ni pada diorang. 


Tadi bincang dgn kawan pasal isu ni. Sorang kata, diorang ni semua dah maju. Cuma nya tak beriman je sebab tu Allah turunkan bencana macam ni. Sorang lagi kata pasal kaum nabi. Tu yg terus teringat kaum nabi Luth a.s rupanya. Tadi aku ada baca dalam national geographic page. Dia kata (kalau tak salah aku la) pencipta Atlantis tu half god and half human? Entah la nak kata apa... Ye la sumber dari kafir. Memang la macam tu. 
Tapi bagi para saintis, diorang semua masih lagi mengkaji. Macam nak kaji kisah Titanic tu. Bawah laut. Kononnya nak kaji pasal subsurface of planets such as Saturn and Neptune. Diorang kena tau pasal benda ni. And yg baru2 ni, pasal misi mencari planet makhluk asing. Kononnya teori diorang, alien ni duduk kat bawah laut yg susah ada connection. So diorang kaji la dulu yg kat bumi ni. 
Menurut kisah nabi Luth a.s lagi, ada 7 kita kesemuanya. Allah terbalikkan bumi mereka sehingga yg tinggal cuma air laut. Dalam satu blog yg aku baca tadi, katanya 

“Dan sesungguhnya kamu (hai penduduk Mekah) benar-benar akan melalui (bekas-bekas) mereka di waktu pagi, dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkannya.” (QS. ash-Shaffat: 137-138)

“Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap (dilalui manusia).” (QS. al-Hijr: 76)

Bermakna, Kota tu bukan berada di dasar laut. Blog tu tulis lagi

Para ulama berkata: “bahawa kota-kota yang tujuh menjadi danau yang aneh di mana airnya asin dan deras airnya lebih besar dari derasnya air laut yang asin. Dan di dalam danau ini terdapat batu-batu tarnbang yang mencair. Ini mengisyaratkan bahawa batu-batu yang ditimpakan pada kaum Nabi Luth menyerupai butiran-butiran api yang menyala. Ada yang mengatakan bahawa danau yang sekarang bernama al-Bahrul Mayit yang terletak di Palestina adalah kota-kota kaum Nabi Luth.”

Ya mungkin betul. Sebab ada dalam al-Quran yg menyatakan, hari2 kita lalu kat tempat tu. Hm, boleh jadi tempat tu digunakan oleh manusia Di laut? 
Untuk cerita ni, aku tak penah baca versi kafir punya. Mungkin lagi dasyat tersesatnya. Ada pun Walt Disney buat cerita macam ni, walaupun  kartun, aku takde minat nak tengok. 


Keep up the good word NASA and the teams. :) 

Wallahua'alam

Monday, July 29, 2013

Public Humiliation

Kalau kat asrama and ada antara kita yg buat salah (benda ni biasa), kebiasaannnya, mesti ada yg susah nak mengaku apabila buat roll call dan ketua asrama bertanya "siapa yg buat, baik mengaku cepat" well for me, benda ni pun ada berlaku pada aku sendiri, public humiliation. Ni bukan kes orang tu ego atau taknak mengaku yg dia dah buat salah. Dia cuma malu. Yes that's the word. Sebab benda2 macam ni boleh jatuhkan air muka seseorang. Maybe ada yg akan cakap "dah buat salah taknak mengaku pulak" cuba kalau benda tu kena pada diri orang yg bercakap tu. Ya mungkin dia tak kisah atau tak malu untuk mengaku but mostly akan malu untuk mengaku. So lepas ni, ketua asrama atau biro2 tak boleh la nak marah2. Dan org yg bersalah tu, tolong la mengaku selepas roll call. Kalau tak, memang nak kena hempuk.

Thursday, March 28, 2013

Isu cleaner Malaysia

Pagi tadi,nak keluar bilik, aku perasan ada sorang makcik cleaner tengah sapu koridor. Aku agak terkejut la jugak. Sebab aku keluar je, terus nampak muka makcik tu. Pastu, aku nak pegi toilet. Aku tutup lampu koridor. Tetiba, makcik tu kata, "bukak lampu, makcik nak sapu ni, tak nampak" nada macam nak terkam anak orang!
Tu la dia, sejak aku duduk KL ni, bila aku beri salam kat makcik cleaner mesti susah diorang nak balas balik/senyum balik kat aku. Apa? Kena bayar ke kalau balas senyuman atau jawab salam? Oleh hal yang demikian, aku dah malas nak senyum atau beri salam pada makcik2 cleaner yang aku nampak. Sombong sangat! Masa aku kat SAB dulu, aku lalu sebelah je, makcik tu terus tegur/senyum. Masa aku amek result SPM, makcik ni nampak aku, dah kenal dah, terus tanya result aku.
Aku rasa, makcik2 cleaner kat KL ni sangka, semua orang sekeliling dia sombong agaknya. Termasuk la kita orang yang duduk kat U ni. Kita orang tau, kita orang selalu buat sampah. Makcik2 pun penat, kemas toilet, bersihkan tu, bersihkan ni. Tapi, jangan la salah sangka pada kita orang. Kita orang tak anggap makcik sebagai orang yang kotor. Kita orang hargai jasa makcik bersihkan sampah kita orang, toilet kita orang... Mungkin, ada segelintir masyarakat yang geli dengan makcik, tapi, tu bukanlah tiket makcik untuk berlaku tidak berbudi bahasa pada orang lain. Tidak adil untuk kami2 yang memahami penat lelah makcik.
Apa2 pun makcik, saya ucapkan terima kasih banyak2 sebab menjadikan sekeliling kami bersih. Kalau takde makcik, saya pun taktau la apa akan jadi. :)

Sunday, November 18, 2012

VICE VERSA

aku bukan lagi Aisyah yang dulu. aku dah banyak sangat berubah.



dulu, aku sangat baik. baik yang dimaknakan dengan baik di sisi Allah. sekarang, aku lalai. aku dah tak makan saman dengan apa yang aku sedar. dah banyak kali aku mula sedar yang aku makin jauh, tapi aku tak bertindak.
 
dulu, hidup aku sangat tenang kalau dibandingkan dengan sekarang. nilah balasannya kalau lupa pada Allah
 
jadual aku setiap hari masa zaman aku spm...
bangun pukul 4.30 pagi, mandi dan sebagainya mengambil masa satu jam. dah pukul 5.30 aku akan sarapan dulu, atau bersahur kalau aku nak puasa. then, terus solat subuh. bercakap pasal solat. setiap kali aku sembahyang, aku akan solat sunat rawatib. dah pukul 6 lebih, terus pegi studyroom, study ke apa2 sebab nak spm. then pergi sekolah dan so on. pukul 2 petang, balik sekolah. kalau ada tuisyen, aku pegi. by pukul 8 dah ada dalam studyroom dan study siapkan homework. semua homework aku, aku buat sendiri even PEKA sekalipun, aku buat sendiri (melainkan taktau spt bio). homework aku lengkap, nota lawa, walaupun aku sorang je yang paham nota tu. karangan pun aku sanggup siapkan dalam masa setengah hari. karangan spm yang sendiri paham la limitnya takde, beribu-ribu patah pun takpe. aku langgar peraturan asrama. aku tak sembahyang isyak berjemaah. still i proud of it. aku ni degil. aku ketua exco, aku tak marah sesiapa yang taknak sembahyang isyak berjemaah termasuklah aku. tapi... by pukul 11.30, bila semua asramawati di ambang ketiduran, aku habiskan study,pegi surau. aku sembahyang isyak, rawatib dengan solat taubat. kalau campur semua, aku sembahyang 10 rakaat malam tu. even aku penat dan malas sekali pun, aku paksa diri aku. semuanya aku sedar aku nak spm, takde siapa yang boleh tolong aku melainkan Allah SWT. by pukul 12 lebih, aku mesti dah ada dalam dorm. setengah tahun pertama, aku dorm ruby, dorm yang wajib lights off pukul 11.15. dalam masa setengah jam, aku akan baca buku motivasi. sebab aku nak jadi orang yang positive. setengah tahun terakhir, aku duduk dorm mutiara yang takde limit nak tutup lampu sebab kita orang ada lampu belajar. still aku tido pukul 12.30 sebab aku study. and the cycle goes where i wake up at 4.30 every weekdays
 
ya Allah... tersangat la tenang dan indah zaman tu. dan sangat seronok lagi bila usaha aku selama ni berhasil. aku dapat straight a. aku cabar diri aku sebab aku jahat dulu. selalu buat jenayah.
 
lepas habis spm, aku tak penah putus asa. aku siap buat jadual ngaji surah2 pilihan setiap hari. sebelum tido wajib baca surah al-Mulk. i just can't imagine.... betapa aku sangat dekat dengan Allah. masya Allah...
 
dan sekarang...
bangun pagi pun tak tentu. kadang2 solat subuh pun tinggal. ngaji pun kadang2 je. homework, tutorials, tiru je... dalam lecture hall, main hp, facebook pun sempat. result mid sem sangat teruk. apa aku buat pun aku taktau. lepas dah sedar terpesong jauh pun, aku still buat taktau. why the hell is going on to you Siti Aisyah Azman???
 
aku mula tersedar semua ni lepas ibu tegur aku. yes, aku dah kantoi dengan ibu pasal apa yang aku buat ni. aku dah jauh sangat terpesong. aku dapat rasa jalan untuk kembali tu sangat sukar dan jauh. aku kena naik balik tangga. start from the bottom. dan aku pun mula terfikir, aku mula jauh dari Allah sejak aku kenal dia. bermula dari dia.... dan sekarang, aku taktau... sebab keadaan ni memaksa. dengan dia yang suka memaksa aku memberi perhatian kepada dia. dan tu yang menyebabkan aku lalai.



ya Allah... aku cuba nak kembali kepada-Mu. terima kasih kerana masih sudi untuk mengetuk pintu hati ini. sentiasa lah ada dengan ku. sentiasa lah mengingatkan aku. aku sangat memerlukan Engkau dalam hidupku...

luahan hati yang ikhlas : Siti Aisyah Azman

Friday, May 11, 2012

Ini Cara Saya


 
Asslamualaikum. Salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam Namaste.
Em… mula-mula sekali, kak echa na cakap sikit la, korang semua ada matlamat kan? Pergi sekolah nak belajar dan dapat apa yang nak dicapai. Tapi bila time nak exam, selalu lah tak dapat nak bagi masa. Kadang-kadang macam tak sempat langsung nak study kan? Dengan program yang banyaknya kat sekolah, pastu cikgu suruh siapkan itu ini, menyeksa jiwa raga. Kak echa faham keadaan korang semua. Oleh itu, korang semua mesti ada cara belajar yang betul. Supaya nanti, bila korang nak exam, tak yah nak pening-pening mengadap buku sampai tak tido satu malam. Terkocoh-kocoh masa study, tak masuk apa pun dalam otak.

Ok, kak echa bagi mengikut subjek.

BM… mungkin bagi korang ni semua senang je. Kita budak Malaysia, cakap bahasa melayu setiap hari. Hahah… tapi penah tak cikgu-cikgu bagi A+? cikgu-cikgu sekolah kita, semuanya bagi markah kurang. Sebab mereka nak korang semua berusaha lebih banyak untuk dapatkan markah yang lebih baik. Untuk BM… kak echa fokus pada karangan. Sebab karangan ialah nadi. Kalau hancus kat sini, yang lain dah sah-sah la rendah. Kak echa suka sangat buat karangan. Bila nak buat, idea mencurah-curah. Kak echa boleh siapkan karangan kalau cikgu nak karangan tu esok siap. Sungguh tak tipu dan karangan orang kadang-kadang cecah lima muka surat jugak la (tulisan kak echa agak besar). Alhamdulillah masa SPM, karangan kak echa enam setengah muka surat. Seronoknya… siap masuk quote… westlife members pun masuk jugak. Muahaha… ok sambung. Kalau nak karangan best, kena ada perencahnya kan? Mana nak dapat perencah tu? Kena la baca buku kan? Ala, kak echa sangat tak suka baca buku. Peribahasa pun bukan la power macam orang dulu-dulu. Tak semestinya peribahasa je yang boleh taruk. Kan boleh masuk quote, hadis, atau kata-kata orang ternama. Jangan masuk “bak kata jiran sebelah rumah…” hesy… then, satu jugak yang senang masa BM ni ialah KOMSAS. Ni memang markah bonus. Kalau korang tak boleh ingat, hafal la. Biar kat sini, full mark tip top 15 markah dalam tangan. Section pengetahuan dan kemahiran bahasa… tu pun antara yang susah. Tapi, korang kena peka dan tau kat mana silapnya, kat mana yang tak sesuainya dalam ayat yang diberi.

BI… kak echa sangat lemah dengan bahasa inggeris ni. Belajar dari umur enam tahun sampai la umur sekarang dah lebih lapan belas, kak echa masih tak dapat nak menguasai sepenuhnya bahasa kedua ni. Apa kak echa buat, kak echa cari mentor bahasa inggeris. Muahaha… pastu, belajar la dengan mentor tu. Cara lain, dalam bahasa inggeris kak echa banyakkan menghafal. Hafal, terutamanya bab literature. Literature memang bagi markah bonus. Korang kena pandai macam mana skill nak jawab. Markah pertama dapat masa korang tulis, “the novel/short story that I learnt is _____ written by ________.” Then, korang buat intro sikit pasal novel/short story tu. Contoh, novel the curse, “In the novel The Curse written by Lee Su Ann, the main character, Azreen has to ____ because she discovered about her sister’s death." Then sambung la sikit. Lepas tu baru tulis evidence ikut macam soalan. Ha, masa ni la baru nampak macam buat karangan. Biar kan panjang-panjang. Kalau nak hafal satu essay pun ok jugak. Ha… dalam BI kertas satu formatnya sangat sama dengan BM kertas satu. Section b, dia akan bagi lima soalan. Tahap soalan dari satu hingga lima, dari aras senang kepada susah. Soalan pertama biasanya dia akan tanya, describe about the person who inspire you the most or describe about a person who you like the most, atau yang sewaktu dengannya. Yang ni, korang boleh amek mana-mana well-known people yang korang suka. Hafal. Nanti masa exam, tulis balik apa yang dihafal. Ubah sikit-sikit pun takpe. Kalau tak boleh hafal semua macam oral, hafal points yang penting je.
 
Math… this is my favourite part. Math paling senang la. Ni kalau tak dapat A, memang malu la kak echa sebab mak kak echa ketua panitia matematik sekolah dia. Jangan salah faham. Kak echa jarang mintak tolong pada mak kak echa sebab belajar kat sekolah dah faham dah. Kalau ada yang tak paham, balik rumah kak echa rujuk la. Sungguh kak echa kata, math memang senang. Tapi, kak echa paham kalau ada yang cakap math susah. Lain orang lain la kepalanya. Macam adik kak echa sorang kat rumah ni. Ajar banyak kali pun tak paham. Nasib baik la baru lapan tahun. Math ni kena banyak buat latihan. Kalau da malas dan tak sempat atau rasa, ya Allah… aku tak reti nak buat, pinjam kertas atau buku kawan, korang compare jawapan. Kat sini, korang boleh tengok jalan kerja, mana yang korang silap, cuai… segala bagai la. Then, kalau tak paham terus je tanya pada cikgu. Biasanya, cikgu-cikgu ada alternative macam mana nak bagi korang paham subjek ni memandangkan subjek ni bukan la subjek yang sangat diminati ramai.

Agama… untuk agama, kak echa takde banyak tips. Baca la buku. Mana yang kena hafal, hafal la. Then, macam mana nak skor? Ok, kena ada skill na jawab. Bila ada soalan yang macam ala-ala tak boleh na jawab, korang tulis la jawapan yang ala-ala munasabah sikit. Hm… agama memang takde banyak tips, memang kak echa baca je. Yang bab-bab tajwid…. Ha yang ni memang ramai yang tak dapat nak jawab. Bagi kak echa ni bonus sebab kak echa boleh jawab semua, lengkap markah penuh. Tajwid kan dalam al-Quran. Hari-hari korang baca, kalau taktau jawab… malu la sikit. macam mana nak ingat ek? Kalau kak echa, kak echa taktau macam mana boleh ingat. dari hari pertama kak echa belajar tajwid masa darjah satu, sampai sekarang kak echa ingat lagi apa yang cikgu ajar. untuk tajwid ni, korang kena ingat mana yang glamor kalau dah susah sangat nak ingat. mad asli tak kan taktau kan? mad wajib muttasil dengan mad jaiz munfasil. dua ni memang crucial gila. soalan selalu keluar sebab nak tengok, kita ni reti ke tidak nak bezakan dua mad tu. qalqalah... hukum nun sakinah... hukum mim sakinah... wajibul ghunnah... em... korang boleh la rujuk pada buku tajwid atau dah malas sangat nak semak nak selak, mintak tolong kawan yang terer bab ni terangkan. kak echa selalu kena ajar kawan-kawan kak echa. tak lama, dalam sepuluh minit sebelum pekse, dia orang suruh ingatkan balik.

Sejarah... ha, kak echa pun agak boleh tahan suka jugak la dengan sejarah. tapi... dalam kelas, selalu kak echa tido. huahuahua... jangan amalkan ye. mesti korang macam terkejut gila sebab sejarah ada esei. hehe... esei la sebenarnya yang sangat membantu korang dapat markah. esei sejarah tak boleh tulis dalam point form. memang tempah bala la kalau esei tulis dalam point form kan. kalau kak echa, kak echa hafal je semua yang rasa-rasa na keluar. woo... gila ah na menghafal sejarah. habis, dah tak leh nak jawab. daripada kantoi masa pekse, baik buat je. tapi, takde la nak hafal sebijik macam dalam kitab sejarah tu. hafal la points. nanti masa nak jawab esei, keluarkan balik. pandai-pandai tambah ayat. bila sampai bab KBKK... eh kejap. tau ta KBKK tu apa? kemahiran berfikir kritis dan kreatif. ok, soalan esei sejarah ada lima. korang kena pilih tiga je. eh, camtu ke? rasa macam kena jawab empat. hm.. tak kesah la. yang penting korang kena jawab. contoh soalan satu tanya pasal malayan union. soalan satu ada anak-anak pulak. ada a, b, c, d. adui... dah lah nak fikir panjang, lepas tu, dia nak bagi anak-anak pulak. lek... kalau kita betul-betul hafal and study, buat persediaan, boleh jawab in shaa Allah. ok sambung. untuk anak soalan yang terakhir bagi setiap nombor soalan.. semua soalan termasuk yang subjektif, mesti ada soalan KBKK. soalan ni nak bagi markah free kat korang. korang jawab la ikut pendapat sendiri. nak buat karangan empat unsur macam BM pun boleh (untuk esei). sebab dalam skema jawapan tulis camni, mana-mana jawapan yang munasabah. see, memang KPM nak bagi markah free pada korang semua. dia orang tak kejam. nak jawab esei, korang dah tak payah pikir nak lawakan tulisan ke apa. memang ta sempat. masa SPM, soalan esei yang pertama kak echa cover lagi tulisan kak echa. bila da masuk anak soalan yang kedua, terus macam cacing. sebab banyak sangat yang nak ditulis. tapi jangan la trengkas sangat sampai penanda tak boleh baca. oh ya, satu lagi. untuk esei, satu point satu markah tau. bergantung jugak mana yang nak ada huraian. kalau soalan tulis, jelaskan, huraikan pendapat anda... yang tu memang kena bagi ulasan yang sepatutnya. tapi kalau soalan just tanya apakah... ta payah bagi huraian pun tape. kalau nak tulis pun boleh je, takde masalah. normal la kalau sampai sakit-sakit tangan. berkorban sikit, asalkan dapat A.
 
Add Math... kak echa pun takde ar terer mana add math ni. cikgu buat tuisyen pun kak echa takmau datang. tapi, kak echa buat latihan sendiri la. dari form four, kak echa ada satu buku latihan yang menyeluruh topic to topic, step by step sampai korang rasa senangnya nak jawab add math. ha, buku tu best la, tapi keluaran lama. na cari kat kedai pun tak jumpa. tu pun kak echa terjumpa lepas selak-selak kat rak lama dalam rumah kak echa. mak kak echa kan cikgu, apa-apa buku yang belum guna, memang disimpan untuk kegunaan masa hadapan. takpe, kalau takde buku tu pun korang masih boleh study lagi. add math kena banyak buat latihan. mm... memang semua kena buat latihan pun. untuk add math, korang ada jugak soalan esei. soalan bahagian c dalam kertas dua. yang ni ada empat soalan tapi korang kena pilih dua je. soalannya dah tetap. dua form four, dua form five. untuk yang form four punya memang best, boleh skor. tapi kena hati-hati. sekali cuai, semua salah. soalannya ialah index price dengan solution of triangle. so, kat sini korang kena tau skill nak jawab. please master the skill. kalau tak, memang lah tak dapat na jawab. mintak ampun. untuk add math, semua soalan korang kena tau cara jawab. bermula dengan apa pastu nak jawab macam mana then nak buat apa. kalau tak, memang kantoi nanti masa pekse. then selalu kan la jawab soalan ye

Kimia... hoho... this is the bestest. kak echa sangat suka dengan kimia. hmm... tips apa ek? berkawan la dengan cikgu zubidah (panitia kimia) ye ;) hehe... disebabkan kak echa suka sangat dengan kimia, maka kak echa pun bersemangat nak study. selalu study dulu sebelum cikgu ajar. cakap la sorang-sorang dalam studyroom sebab nak memahamkan. huahuahua.... kak echa selalu buat nota ringkas masa study kimia. untuk form four punya chapters, kak echa amek sikit-sikit daripada buku teks. lengkap. pastu kak echa masukkan dalam foot note. kak echa panggil foot note tu google kimia. semuanya ada dalam tu. syok! sekarang, dah diwariskan pada adik kak echa yang nak amek SPM tahun ni. soalan kimia pun ada esei... hey... semua nak kena esei kan? biasa lah... takde esei, tak boleh jawab punya. tapi esei kimia tak sesusah esei bio dengan sejarah. korang boleh buat points, tapi ta digalakkan la. guna la apa-apa pun, diagram ke flow chart ke apa-apa la sebagai jawapan untuk membantu mengukuhkan ulasan korang. ha.. mesti korang pun rasa macam bengang je sebab kimia ada experiment kan. ni pun membantu sebenarnya. soalannya tak lari macam soalan PEKA. ingat balik... boleh jawab punya in shaa Allah. kalau nak markah penuh setiap kriteria tu kak echa taktau macam mana. tapi cara kak echa, tulis je apa yang tau. keluarkan semua jangan ada tertinggal pun. mana yang rasa penting, macam equation, formula of elements kena ingat ye. mesti lekat. kalau tak, tak dapat nak tolong. electrochemical series (ES) korang mesti ingat. bab enam ni, memang tough. tapi glamor sangat-sangat, boleh keluar dalam objektif, subjektif, esei, dan experiment. please master this chapter. selalu la rujuk buku. bila buat latihan, tetiba terkuar soalan bab electrolysis, dan korang dah lupa, ingatkan balik. selak la berapa banyak kali pun. untuk chapter electrolysis, buat ringkasan. bagi satu contoh, pastu korang keluarkan apa yang ada pada diagram tu. anion, cation, ion produced, observation. mintak tolong sesangat, ELECTROLYSIS SANGAT-SANGAT PENTING

Fizik... ni pelik sikit daripada yang lain. kena banyak paham teori dan konsep. kalau tak paham, susah nak jawab. hm.. nak cakap apa ye? fizik... kena banyak tanya la kalau tak paham. ada beberapa jugak yang korang kena hafal, macam maksud perkataan ke. biasa dalam banyak-banyak soalan, akan ada yang ditanya pasal maksud. contoh, what is the meaning of electric field? what is electromagnetic wave? contoh je la. so, kena bersiap sedia. kalau bab hafal makna ni, paling best chapter last form five, pasal radioactive. terbaek! kawan kak echa terdiam masa kak echa ingat setiap patah perkataan dalam maksud tu. muahahha... sekarang dah lupa dah. empat bulan lebih bekukan otak. hehe.. dalam kimia pun ada jugak tanya pasal makna ni. tapi tak selalu la. biasanya, what is proton number? camtu la lebih kurang. hm... bagi menyenangkan nak jawab soalan fizik ni, kak echa telah pun mengenal pasti apa masalah korang dengan soalan ni. korang taktau macam mana nak jawab. blur kan? nak guna formula apa, nak kira macam mana. perkara pertama yang mesti korang buat, masa baca soalan, keluarkan isi. contoh kalau dia dah bagi mass of a boy is bla bla. then, korang kuarkan m = bla bla. pastu cari lain. kalau dia bagi velocity, tulis v = what. last sekali dah keluar semua maklumat, korang tengok kat simbol-simbol tu boleh guna formula apa yang berkaitan. macam ni la cara nak jawab dengan baik. tanya cikgu pun, cikgu suruh kuarkan apa maklumat yang dah bagi dalam soalan. lepas ni jangan blur-blur lagi. nak hafal formula? tak payah, dalam axam nanti diberi. add math tu mau sampai empat muka surat semuanya formula. esei dengan experiment... format sama dengan kimia. paham konsep, boleh la jawab. oh ya lagi satu. formula dalam fizik semua akan berkait-kait kalau korang teliti betul-betul. kak echa tak ingat yang mana sebab google kak echa dah diberi pada adik kak echa, so ada pada dia sekarang. yang senang la elastic potential energy = energy yang biasa. yang bezanya cuma formula. work done, force, power semuanya ada kaitan dengan yang lain. korang kena teliti betul-betul la. sebab bagi kak echa lepas dah dapat tau kaitan antara formula ni, senang sangat hidup lepas tu.

Bio... kak echa sangat tak suka dengan biology. kak echa anti-biology. siapa sokong? masa cikgu ajar, kak echa tido... banyak kali dah, sampai cikgu dah tak lalu nak tengok. memang ta suka dan tak boleh paksa benda minat ni. tapi, alhamdulillah, tak penah fail lagi. hehe... nak buat macam mana? ha, kak echa faham dan ingat. masa tuisyen, banyak tips yang diberi. masa tu baru la kak echa fokus. hehe... demand ek? lebih kurang la. mana yang cikgu tuisyen suruh hafal, hafal la. nak nak bahagian osmosis. sorry la untuk bio, memang kak echa ta reti nak bagi tips. kak echa ingat je mana yang perlu. jarang sangat kak echa buat latihan. sebab tak suka. tapi, korang jangan ikut kak echa. kalau minat takpe, senang je nak masuk otak. yang tak minat ni? memang susah lah nak cakap. esei, korang tak boleh jawab guna points. buat karangan tau. lagi... em... baca nota, buku teks pun boleh. buku teks bio punya discription sangat lengkap. so, rujuk la ye. hm... mintak maaf kak echa tak dapat nak bagi banyak pasal bio. kak echa tak suka nak cakap lagi. pasal mitosis dengan meiosis pun kak echa taktau. bukan tatau nak terangkan, memang bodoh gila. time nak pekse, baru la kak echa hafal balik. yang tu ingat step la. buat la acroname yang sesuai asalkan dapat. sama dengan ES dalam kimia tadi.
 
dah tak larat da ni, bila nak ingat balik semuanya... macam nak muntah hijau
okeh! kak echa dah siapakan ini assignment untuk korang. berusaha ye. prinsip kak echa, buat la apa saja asalkan tak kantoi masa exam nanti. korang nak tiru jawapan belakang ke, nak bukak buku ke, berkejar sampai ke sana sini ke, asalkan dapat jawapan. nanti masa exam, korang dah senang, tak payah nak bersusah payah. faham dan ingat adalah kunci yang paling mudah. sekarang belajar dah makin susah, banyak persaingan. so, berjuanglah hingga ke titisan darah terakhir. Alhamdulillah kak echa dapat 9A, tapi tak semua A+ la. hehehe... kalau ada apa-apa nak tanya, boleh lah emel kepada saisyah23@gmail.com. atau saa@siswa.ukm.edu.my (sebab emel lain semua dah semak termasuklah gmail tu). terima kasih kerana membaca karangan kak echa yang mengarut gila punya panjang ni. doakan kak echa di UKM sekarang ambil degree Sains Komputer selepas mengharungi susah payah di Asasi Sains UM. dan korang pun... semoga berjaya :)

le gra, go deo

Thursday, May 10, 2012

Tips For Contact Lens Users



assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia dan salam namaste.

sekarang ni memang semua orang suka pakai contact lens sebab na nampak lawa, na biar nampak jelas. semua orang pun tau, pakai contact lens ada banyak risiko. pertama sebab ia plastik. so, its resistance to heat is low. ada banyak kes ada orang matanya sampai buta sebab terkena jangkitan kuman akibat pakai contact lens ni. tapi jangan takut. kalau kita pandai jaga, ikut tatacara na pakai, insya Allah selamat lagi.

ta tertinggal jugak aku. aku pun pakai contact lens. da dekat lima tahun jugak aku pakai. dan contact lens yang aku pakai ni contact lens yang kedua. masa akhir tahun 2010, penah pecah sebab terjatuh. mak aku cakap, lepas ni kalau pecah lagi, da ta yah pakai contact lens lagi. hehe... korang jangan salah faham. aku ada astigmatism yang sangat tinggi. jadi, optometrist aku suh pakai contact lens ni, namanya rigid gas permeable (RGP). berfungsi untuk menyerap oksigen dalam mata. alhamdulillah... memang sangat membantu. sekarang, power mata aku da naik, tapi view da makin bagus. hehe.. RGP ni boleh bertahan dua hingga tiga tahun.

soft contact lens besar camni kan?



RGP kecik macam ni...



bila na pakai contact lens, yang pertama sekali, kuku kena pendek. kalau panjang, nanti akan merosakkan permukaan contact lens. kedua, basuh tangan betul-betul dengan sabun. sabun pun kena tengok jugak. ta leh sabun yang wangi tu. sebab ada molekul wangi akan lekat kat tangan. lalu, akan menjejaskan contact lens masa sentuh contact lens bila na pakai.

rasanya, semua contact lens ada pembilas sendiri kan? jadi gunakanlah pembilas seperti yang disarankan. jangan guna air paip. bahaya wo... air paip ada banyak kuman dan bakteria. pembilas yang disarankan tu ialah air suling, tade kandungan apa-apa. cuma kadang-kadang dicampur garam sikit. jangan guna pembilas lain. macam RGP aku pakai ni, pembilasnya bernama UV Soft. aku ta leh pakai pembilas yang lain macam Renu ke. optometrist aku cakap nanti aku mamai kalau pakai. haha... tatau la ta penah cuba pun. aku tatau la kalau soft contact lens boleh guna apa-apa pembilas.

bekas contact lens perlu direndam dalam air panas sekurang-kurangnya seminggu sekali. ini untuk membuang kuman dan bakteria.

bila da pakai contact lens, elakkan daripada kena panas, contoh macam masa memasak ke. kalau soft contact lens kan lembut, ia akan cair dalam mata bila da sampai takat lebur. tu yang menyebabkan boleh kena jangkitan kuman.

aku ada penah dengar jugak orang cakap kalau pakai contact lens kena banyak minum air lagi-lagi kalau duduk kat tempat yang ada air-cond. kalau ikut kitaran yang biasa, bila duduk dalam bilik ada air-cond, udara akan menyerap air dalam udara bilik. sebab tu kalau pasang air-cond, kena ada air segelas letak atas meja. macam tu jugak la contact lens ni. bila ada air-cond, udara akan menyerap air dalam contact lens dalam mata kita tu. dan as well korang tau, contact lens pun ta boleh kering dalam mata.

cara lain, beli la ubat titis dalam mata (untuk contact lens) bagi menghilangkan kelembapan pada mata. aku penah pakai, tapi sekali je la - masa mula-mula pakai RGP ni.

lagi... em... jangan pakai contact lens masa berenang dalam swimming pool. banyak klorin. masa berenang kat pantai pun jangan. memang tade keje lain kalau na pakai masa berenang.

ada orang pakai cermin mata tade power bila pakai contact lens. sebab na elak mata masuk habuk. sakit wo kalau mata masuk habuk bila pakai contact lens. RGP yang aku pakai ni lagi la. da la keras, bila masuk habuk, macam menangis laki ta balik-balik. na gosok takut kang pecah dalam mata. bila tanya pada optometrist aku, dia kata, bila masuk habuk, keluarkan contact lens tu, then bilas balik. lepas tu pakai la balik.

bila da expert, jangan main tibai je masa na pakai contact lens. tatacara kena la jaga kalau na elak ada kemalangan yang ta diingini berlaku. malang ta berbau kan? em... terima kasih kerana membaca :)

le gra, go deo