Thursday, August 1, 2013

The Lost City of Atlantis aka Tasik Qarun/Laut Mati??

Tasik Qarun


Lagi isu pasal The Lost City ini. Pagi tadi lepas bangun tdur dapat ilham macam ni. Jadi aku pun buat research sikit mengenai Tasik Qarun. Tasik ini terletak berhampiran al-Fayyoum (di Mesir rasanya). Diceritakan Qarun ni hidup pada zaman Nabi Musa a.s. Allah telah melimpahkannya kekayaan yang sangat melimpah ruah sehingga dalam blog yang aku baca itu mengatakan, 

"Difahamkan bahawa untuk membawa kunci-kunci gudang sahaja Qarun, sebanyak 100 ekor unta diperlukan"

Lihatlah betapa Allah melimpakannya dengan nikmat kekayaan. Namun, Qarun terlalu bangga dan tidak membayar zakat, sebab itulah Allah menimpakan azab ke atasnya dan istananya yang dikatakan pada asalnya mempunyai 6 tingkat, iaitu, Qarun dan hartanya ditenggelamkan ke perut bumi. Dikatakan lagi, sehingga ke hari ini bumi tidak menerima Qarun dan hartanya itu. Dalam blog yang aku baca tu, katanya, 

"Ada yang menyatakan harta Qarun masih tenggelam sedalam satu hasta sehari sehingga ianya mencecah perut bumi (salah satu daripada tanda akhir zaman)"

Tu la, Qarun ni terlalu membangga diri dengan kekayaan yang dia ada, sehingga Allah murka kepadanya.

Sejarah mengatakan tasik ini mempunyai keluasan kira2 55000 hektar. Dalam blog National Geographic semalam, katanya Atlantis kaya dengan emas dan perak. Hm, mungkin juga ada kaitan dengan harta2 Qarun ini mungkin? Berkenaan dengan Laut Mati, tiada bukti yang mengatakan Laut Mati ialah Tasik Qarun. Tapi aku ada baca juga mengenainya. Katanya, Tasik Qarun ini masin yang tidak terhingga sehinggakan manusia boleh terapung tanpa menggunakan pelampung. Dan tasik itu dinamakan Laut Mati. Entah kenapa namanya 'Mati'.

Dalam kebanyakan cerita yang aku baca mengenai Tasik Qarun ni, takde satu pun yang kaitkannya dengan The Lost City of Atlantis. Adakah sebenarnya Atlantis ni mitos orang kafir yang sebenarnya mereka menyembunyikan kisah2 para anbia (contoh seperti kisah Qarun ini)? Bak kata ustaz aku sendiri, slang orang kafir dengan orang Islam tak sama. Atlantis dengan kisah Qarun? Hm... dua slang yang berlainan. Yang terkini yang aku baru baca mengenai gunung emas di Sungai Efrat, bawah Tasik Qarun tu pun ada emas. Cumanya diorang taknak gali sebab nanti ada fitnah. Ada hadith yang mengatakan (lebih kurang macam ni la) "takkan munculnya hari kiamat selagi Efrat dibalikkan semula menjadi gunung emas dan direbutkan oleh manusia." Istilah yang digunakan ialah "dibalikkan". Kisah dibalikkan ni kan semalam punya isu; kisah kaum Nabi Luth a.s.? Tapi takde sorang pun yang cerita dalam negeri tu kaya raya, penuh dengan harta. Yang diceritakan cuma orang2 dalam negeri tu sangat kacak dan cantik rupawan. Cuma kejinya mereka semua mengadakan hubungan sejenis (euwww).

Laut Mati 


Tapi bila aku search pasal Laut Mati semuanya kisah2 Nabi Luth. Kenapa eh? Aku tak rasa macam tu. Laut Mati katanya terletak di Jordan. Manakala kisah Nabi Luth katanya di Laut Mediterranean. Qarun di Mesir dan Atlantis di Spain? Nampaknya seperti tidak ada kaitan. Tapi aku yakin kisah Atlantis ni ada kaitan dengan ketiga-ketiga kisah Nabi di atas. 

Dikatakan boleh terapung tanpa pelampung di Laut Mati 


Atlantis... sebuah kota yang hilang. Dipercayai terletak di dasar laut, mempunyai banyak harta. Lebih fit dengan kisah Qarun kan? Bila aku search pasal Atlantis, takde pun yang cerita bagaimana Atlantis tu boleh tenggelam. ha... nampak sangat mitos ni tak habis diceritakan. Katanya, mula mempercayai Atlantis itu wujud masa mencari bangkai Titanic yang karam di dasar laut sedalam 2.5km. Masa cari bangkai kapal tu, diorang terjumpa ada tokong, ada bangunan lama. Sebab tu mula percaya yang Atlantis ni wujud. 

Ada banyak sangat versi pasal Atlantis ni sebab sumbernya hanya mitos yang ditulis oleh Plato (zaman pra-sejarah). Nampak sangat orang2 kafir hendak mengelirukan kita semua. Bercakap mengenai zaman prasejarah. Dalam al-Quran tidak pernah menyatakan zaman2 ini. Cuma zaman nabi2 saja yang disebutkan. Ah kisah ni jadi makin rumit. Aku yang tak cukup ilmu ni belum boleh buat apa2. 

Ada satu yang best masa search tadi.jeng3...

Teori Baru Mengenai Atlantis

 
Atlantis sebagaimana yang digambarkan Plato (keadaannya secara bulatan sfera seolah seperti pulau Santorin sebelum ia meletup (rujuk rajah pembentukan Santorin sebelum & selepas letusan Santorin berlaku)


Baru2 ini, ada pendapat menyokong bahawa kepulauan Santorin, Crete & sebahagian pulau di Aegean adalah benua mitos Atlantis yang hilang sebagaimana yang diterangkan oleh Plato dalam kisahnya. Teori ini kemudian ditambah dengan kemajuan sebuah peradaban yang terkehadapan di Atlantis sebagaimana yang digambarkan Plato - berkemungkinan adalah tamadun Minoan & Santorin pula dahulunya sebahagian daripada kota2 mewah metropolis Minoan yang dimusnahkan oleh letusan gunung berapi & ditelan tsunami.

Adakah Paras Laut Naik & Menelan Atlantis?

Kerja2 arkeologi terkini di pulau Santorin mendapati wujudnya sebuah kota Minoan purba berusia 3500 tahun yang ditenggelami hampir separuh ke dasar laut. Kerja penggalian yang dilakukan oleh  University of Athens menemui rumah kediaman Minoan dari rumah setingkat, 2 tingkat hingga 3 tingkat serta pelbagai artifak Minoan yang lain. Ketiadaan tengkorak atau rangka manusia di tapak kota itu menyatakan bahawa penghuni kota mendapat amaran awal sebelum letusan berlaku & sempat meninggalkan pulau berkenaan.

Samada Santorin & penempatan Minoan yang lain di kepulauan Aegean merupakan sebahagian dari tamadun Atlantis yang hilang belum dapat dipastikan sepenuhnya. Lagenda Atlantis sebagaimana lagenda lainnya tidak dapat disahkan kerana hanya berdasarkan cerita dongeng rakyat dari mulut ke mulut. (Rujukan "Perennial Atlantis," Sea Frontiers, Vol. 18, Nos. 1 & 2, 1972.)

Kemungkinan bahawa Atlantis atau sebahagian kota2 utamanya tenggelam akibat oleh paras lautan yang meningkat naik tidak boleh ditolak. Yang pastinya, kenaikan paras lautan berlaku di seluruh dunia & melibatkan semua lautan & laut dalam. Kesanya ketinggian paras lautan turut melibatkan Lautan Mediterranean disebabkan ia bersambung dengan lautan Atlantik melalui selat kecil Gibraltal.

Paras laut telah berubah sepanjang 20 000 tahun lalu disebabkan kecairan glacier & kecairan ais dari kutub utara & selatan. Ini secara drastik mempengaruhi kandungan air di lautan & kadar peningkatan air laut. Pada penghujung 20 000 tahun setelah dunia menuju ke era setelah Zaman Glacier Wisconsian, glacier telah mencair & mengecil ke utara & kadar ketinggian laut meningkat lebih 270 kaki.

Dari 8000 SM hingga 3000SM, laut telah meningkat secara mendadak hingga 18-21 kaki berbanding masa sekarang. Ketika 1600 Sebelum Masihi, kadar ketinggian paras laut meningkat, kemudian menurun ketika musim antara glacier yang singkat. Pada 700SM, kadar ketinggian paras laut Mediterranean dalam 12-15 kaki lebih rendah dari paras sekarang & pada 800 Masihi, paras laut meningkat 7 kaki persegi di bawah paras laut sekarang. Namun begitu, paras laut kembali meningkat tahun demi tahun sejajar dengan kecairan ais di kutub & meningkat dalam kadar 1.15 millimeter setiap tahun. Ini adalah anggaran konservatif yang dibuktikan menerusi penemuan arkeologi, hutan yang ditenggelami air dan kesan bukti tidak langsung.

Kan? Ianya cuma mitos yang kita sendiri sukar nak percaya. Yang ini baru dalam Malay. Yang dalam English, fuh melambak lagi. Cuma tak sempat nak cari. Kebanyakannya kaitkan dengan sejarah, astrobiology, geology..... macam2 lagi la. 

Blog tadi tulis lagi, 

Lagenda Atlantis walaupun dulunya mungkin dari mulut ke mulut, ianya bermula apabila Plato (428SM - 348SM), ahli falsafah Yunani era Klasikal pada zaman mudanya telah mengembara mencari ilmu ke Itali, Sicily, Mesir & Cyrene sebelum pulang ke Athens pada usia 40 tahun. Ketika dia mengunjungi Mesir (yang ketika itu di bawah jajahan empayar Parsi Achaemenid), Plato mengetahui mengenai mitos Atlantis dari rahib Mesir yang mengatakan dahulunya pada kurun ke 6 SM (200 tahun sebelum zaman Plato) ada seorang tokoh reformis Athens, Solon (638SM - 558SM) yang melawat di kota purba Mesir iaitu Sais & mendapat tahu riwayat kisah Atlantis  dari seorang rahib. Dikatakan rahib ini telah membuat penterjemahan rekod sejarah lampau dari penulisan heroglif Mesir ke bahasa Yunani dari kertas papyrus.

Jika apa yang dikata Plato adalah benar, maka masyarakat purba Mesir adalah bangsa yang berhubungan dengan tamadun Atlantis & hikayat dongeng Atlantis bukan sekadar kisah mulut ke mulut, tetapi pernah tercatit dalam rekod Mesir purba! Walaupun rekod berkenaan (mengenai Atlantis) sudah tiada ditelan zaman, tetapi berdasarkan karya Plato, sekurang2nya dahulu kisah mitos Atlantis telah tercatat dalam rekod purba Mesir di kota Sais & para rahib Mesir lebih mengetahui kisah mitos ini.

Tetapi, kini bukti baru dari rekod Mesir bakal menggemparkan pengkaji sejarah Atlantis .... malah mendekatkan lagi mitos Atlantis dengan tamadun Minoan!

Sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=646729

Ha, yang ni baru betul versi kafir yang berkaitan dengan sejarah. Segala ketidak puasan hati aku dah terlerai. Memang kisah Atlantis tu mitos dari mulut ke mulut. Sebab Plato takde tulis langsung bagaimana Atlantis tu boleh tenggelam. Cuma tercatat dalam sejarah Mesir Purba. okay, got it? Cuma misteri semua ni je la yang belum terlerai. Kita tunggu kata saintis. 

Hm, empat kisah sejarah yang berlainan tapi berkaitan. :)

Plato... kalau kau tulis sepatah je dalam karangan kau, tak payah nak sebabkan isu macam ni timbul. Lain kali kalau nak menulis biar lengkap. Wujud atau tak Atlantis tu ha? Kau bangun dari kubur kau sekarang dan jawab pertanyaan ni! 

Dari segi geologi, susah nak kata macam mana boleh timbul isu Atlantis dan kisah2 Nabi. Sepatutnya dua2 ni boleh dikaitkan. Sebab hanya Allah yang Maha Mengetahui. So, bila kita rungkai sejarah Nabi, boleh kaitkan dengan zaman prasejarah dunia. 

Hidup ni penuh dengan misteri. Semoga saintis yang sedang kaji tu dapat rungkaikan misteri ni. :) 

Wallahu'alam.

Wednesday, July 31, 2013

The Lost City of Atlantis aka kaum Nabi Luth a.s.


Story of the day is The Lost City of Atlantis. Hm looks like the mysterious is going to be end. Kalau ikut kisah Islam, Atlantis of Empire ni sebenarnya kisah nabi Luth a.s. tak percaya? Hayati kisah nabi Luth yg mana dulu Allah turun kan azab kerana mereka membuat hubungan sejenis dan telah menterbalikkan bumi mereka. So that's why wujudnya kisah sebuah kota di dalam laut. 
Dikatakan Atlantis ini terletak di Atlantic Ocean. Atau ada yg kata terletak dia Laut Mediterranean berhampiran Spain. Sekarang saintis2 masih lagi mengkaji pasal ni. Tapi rasanya aku dah tau dulu.
Pasal kaum nabi Luth a.s. yg degil ni, atau pun rakyat Atlantis ni, hm tak payah nak bangga sangat sebab diorang semua tak beriman. Sebab tu Allah turunkan bencana yg macam ni pada diorang. 


Tadi bincang dgn kawan pasal isu ni. Sorang kata, diorang ni semua dah maju. Cuma nya tak beriman je sebab tu Allah turunkan bencana macam ni. Sorang lagi kata pasal kaum nabi. Tu yg terus teringat kaum nabi Luth a.s rupanya. Tadi aku ada baca dalam national geographic page. Dia kata (kalau tak salah aku la) pencipta Atlantis tu half god and half human? Entah la nak kata apa... Ye la sumber dari kafir. Memang la macam tu. 
Tapi bagi para saintis, diorang semua masih lagi mengkaji. Macam nak kaji kisah Titanic tu. Bawah laut. Kononnya nak kaji pasal subsurface of planets such as Saturn and Neptune. Diorang kena tau pasal benda ni. And yg baru2 ni, pasal misi mencari planet makhluk asing. Kononnya teori diorang, alien ni duduk kat bawah laut yg susah ada connection. So diorang kaji la dulu yg kat bumi ni. 
Menurut kisah nabi Luth a.s lagi, ada 7 kita kesemuanya. Allah terbalikkan bumi mereka sehingga yg tinggal cuma air laut. Dalam satu blog yg aku baca tadi, katanya 

“Dan sesungguhnya kamu (hai penduduk Mekah) benar-benar akan melalui (bekas-bekas) mereka di waktu pagi, dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkannya.” (QS. ash-Shaffat: 137-138)

“Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap (dilalui manusia).” (QS. al-Hijr: 76)

Bermakna, Kota tu bukan berada di dasar laut. Blog tu tulis lagi

Para ulama berkata: “bahawa kota-kota yang tujuh menjadi danau yang aneh di mana airnya asin dan deras airnya lebih besar dari derasnya air laut yang asin. Dan di dalam danau ini terdapat batu-batu tarnbang yang mencair. Ini mengisyaratkan bahawa batu-batu yang ditimpakan pada kaum Nabi Luth menyerupai butiran-butiran api yang menyala. Ada yang mengatakan bahawa danau yang sekarang bernama al-Bahrul Mayit yang terletak di Palestina adalah kota-kota kaum Nabi Luth.”

Ya mungkin betul. Sebab ada dalam al-Quran yg menyatakan, hari2 kita lalu kat tempat tu. Hm, boleh jadi tempat tu digunakan oleh manusia Di laut? 
Untuk cerita ni, aku tak penah baca versi kafir punya. Mungkin lagi dasyat tersesatnya. Ada pun Walt Disney buat cerita macam ni, walaupun  kartun, aku takde minat nak tengok. 


Keep up the good word NASA and the teams. :) 

Wallahua'alam

Monday, July 29, 2013

Public Humiliation

Kalau kat asrama and ada antara kita yg buat salah (benda ni biasa), kebiasaannnya, mesti ada yg susah nak mengaku apabila buat roll call dan ketua asrama bertanya "siapa yg buat, baik mengaku cepat" well for me, benda ni pun ada berlaku pada aku sendiri, public humiliation. Ni bukan kes orang tu ego atau taknak mengaku yg dia dah buat salah. Dia cuma malu. Yes that's the word. Sebab benda2 macam ni boleh jatuhkan air muka seseorang. Maybe ada yg akan cakap "dah buat salah taknak mengaku pulak" cuba kalau benda tu kena pada diri orang yg bercakap tu. Ya mungkin dia tak kisah atau tak malu untuk mengaku but mostly akan malu untuk mengaku. So lepas ni, ketua asrama atau biro2 tak boleh la nak marah2. Dan org yg bersalah tu, tolong la mengaku selepas roll call. Kalau tak, memang nak kena hempuk.

Thursday, March 28, 2013

Isu cleaner Malaysia

Pagi tadi,nak keluar bilik, aku perasan ada sorang makcik cleaner tengah sapu koridor. Aku agak terkejut la jugak. Sebab aku keluar je, terus nampak muka makcik tu. Pastu, aku nak pegi toilet. Aku tutup lampu koridor. Tetiba, makcik tu kata, "bukak lampu, makcik nak sapu ni, tak nampak" nada macam nak terkam anak orang!
Tu la dia, sejak aku duduk KL ni, bila aku beri salam kat makcik cleaner mesti susah diorang nak balas balik/senyum balik kat aku. Apa? Kena bayar ke kalau balas senyuman atau jawab salam? Oleh hal yang demikian, aku dah malas nak senyum atau beri salam pada makcik2 cleaner yang aku nampak. Sombong sangat! Masa aku kat SAB dulu, aku lalu sebelah je, makcik tu terus tegur/senyum. Masa aku amek result SPM, makcik ni nampak aku, dah kenal dah, terus tanya result aku.
Aku rasa, makcik2 cleaner kat KL ni sangka, semua orang sekeliling dia sombong agaknya. Termasuk la kita orang yang duduk kat U ni. Kita orang tau, kita orang selalu buat sampah. Makcik2 pun penat, kemas toilet, bersihkan tu, bersihkan ni. Tapi, jangan la salah sangka pada kita orang. Kita orang tak anggap makcik sebagai orang yang kotor. Kita orang hargai jasa makcik bersihkan sampah kita orang, toilet kita orang... Mungkin, ada segelintir masyarakat yang geli dengan makcik, tapi, tu bukanlah tiket makcik untuk berlaku tidak berbudi bahasa pada orang lain. Tidak adil untuk kami2 yang memahami penat lelah makcik.
Apa2 pun makcik, saya ucapkan terima kasih banyak2 sebab menjadikan sekeliling kami bersih. Kalau takde makcik, saya pun taktau la apa akan jadi. :)