Tuesday, January 6, 2015

Kawan

Kawan. Dulu time sekolah aku tak berapa nak ada perasaan sangat. Aku tak matang time sekolah. Macam budak2 hingusan (macam sekarang ni ha tengah selesema kira hingusan la kan). Aku sentiasa bersendirian. Ke mana2 sendiri2 je. Masuk tido pukul 12:30am, bangun pukul 4:30am pun sensorang. Org cakap aku sombong, kuat marah. Budak2 lagi kan. Hahaha school times is bad times for me. Aku rasa aku terlalu sombong dan selfish. Belajar, belajar sensorang. Dapat A, dapat A sensorang. Diorang cakap "Ecah kencang siot." Tapi Ecah sensorang. 
Sekarang, aku belajar sensorang jugak. Tapi aku dah faham erti kawan. Aku akan buat apa saja asalkan kawan2 aku sekarang happy. Even benda tu susahkan diri aku sendiri. Aku taknak ulang apa aku buat dulu. Taknak jadi Ecah yg dulu. Ecah yg ada dunia dia. Dunia sombong dia. Sekarang aku ada dunia sendiri jugak, tapi aku dah pandai border kan dia supaya boleh multitasking. Win-win situation. 
Aku tak nak cakap sahabat. Sebab sahabat tu memang takkan lekat pada aku. Aku fobia. So, kawan. Friends. Friends are family 😊

Friday, December 5, 2014

A FANATIC?

Everyone knows One Direction. Right. This is the truth.

I'm not a fan of 1D. I was the best hater of that boy band. I can't even hear their names. When there's an advertisement on the radio about them, I'd rather change to other radio station. All my classmates know that I hate 1D. And...one of classmate has a caller ringtone of "Story of My Life." When I phoned him, that song will be in my ears. I scolded him and then he changed to "Happy". Best hater, aye?

But what's happened in the last one month was...

There's a friend. I really love her. She's like my own sister. I'll do everything for her. She knows I hate 1D. I don't know what's on her mind, for a week, she never fails to ask me to watch 1D videos. Okay, I tried at first. I told her, I'm sorry if I can't stand it. Not less than 2 minutes, I closed it. It's sucks! I can't help myself about it. I hate to see the fandom. Like seriously. Sorry to all Directioners if the contents of this post irritates you. But I'm not humiliating anyone. . 

One peaceful afternoon, I was resting in my classmate's room. I had a class in the evening. I'll go to the class with her that's why I stayed in her room. My classmate was sleeping. I was about to sleep too when my friend's daddy texted me and asked why her daughter sulking in the room. I was like, "O...kay... am I the one who should be blamed..?" At that time, I was really really angry. My heart felt like to explode at all time. I asked myself, why must I agree for something that I don't like at the first place...? Just fucking why??

Two days before, I cried every night and asked myself, what is the best solution for this issue? I don't want to get involved in any fandom anymore because I'm tired. I want to focus on my study and get back on track because my pointer for last semester is a bit frustrating. Every time after sholah, I prayed. I asked Allah for the best solution. I don't want to hurt my friend because I love her but that would be a burden to myself. I will carry that "FANDOM" everywhere I go. Y'know when you become a fan of someone, you'll always remember him/her. Everything happened in front of you will remind you of him. Ahhhh I'm really tired of being a person like that!

Okay, after that, I went to sholah and cried again. I told myself, "Just do it for her." I took a heavy breath and texted her. I apologized and said I will try to like them. Barely texted that! 

In Islam, if you are sincere in that decision, you'll never ask again why you did it at the first place. I'm not that good but I can't make a decision by my own. Because I don't know my future. I want to make a decision that will make the best for me and my future (even it's just One Direction).... and also for others. I don't want t regret to everything that I've decided. So...... I decided to be a fan of 1D...because my friend wants it. I know she just want to put away the HATE from my heart. And I know I shouldn't hate anyone. 

And now, I'm a Directioner!

I can't believe I admit it now. My classmates keep asking why suddenly and why and why and they don't believe it. Yet, they have to. It's a drastic change of myself. But I can't deny I love Westlife more. And I'm still don't feel like meeting them. Oh, last two weeks, my friend tagged me on Facebook about 1D's going to Singapore (?) - I don't really take port about that. Hotlink (mobile network plan) is having a contest and they will send the winner to Singapore to watch 1D for free. Sorry that I have no interest to meet them.

Haha ask me who's my fave. I would say I love Louis for no reason. I love Harry's voice and dimples! I love Zayn's uniqueness, Liam's accent and Niall's laugh! 

Actually, what happened to me for the last 3 years knowing this band (I know this band in 2011) and hate them is just a fear. I keep denying myself to not to have any interest in the band. It's different from pretending. I'm not pretending for 3 years! I denied that I can be a fan because of fear. I'm scared. I have no explanation why I have to be scared. Seriously! 

So that's the end of my weird story. 

Thursday, August 1, 2013

The Lost City of Atlantis aka Tasik Qarun/Laut Mati??

Tasik Qarun


Lagi isu pasal The Lost City ini. Pagi tadi lepas bangun tdur dapat ilham macam ni. Jadi aku pun buat research sikit mengenai Tasik Qarun. Tasik ini terletak berhampiran al-Fayyoum (di Mesir rasanya). Diceritakan Qarun ni hidup pada zaman Nabi Musa a.s. Allah telah melimpahkannya kekayaan yang sangat melimpah ruah sehingga dalam blog yang aku baca itu mengatakan, 

"Difahamkan bahawa untuk membawa kunci-kunci gudang sahaja Qarun, sebanyak 100 ekor unta diperlukan"

Lihatlah betapa Allah melimpakannya dengan nikmat kekayaan. Namun, Qarun terlalu bangga dan tidak membayar zakat, sebab itulah Allah menimpakan azab ke atasnya dan istananya yang dikatakan pada asalnya mempunyai 6 tingkat, iaitu, Qarun dan hartanya ditenggelamkan ke perut bumi. Dikatakan lagi, sehingga ke hari ini bumi tidak menerima Qarun dan hartanya itu. Dalam blog yang aku baca tu, katanya, 

"Ada yang menyatakan harta Qarun masih tenggelam sedalam satu hasta sehari sehingga ianya mencecah perut bumi (salah satu daripada tanda akhir zaman)"

Tu la, Qarun ni terlalu membangga diri dengan kekayaan yang dia ada, sehingga Allah murka kepadanya.

Sejarah mengatakan tasik ini mempunyai keluasan kira2 55000 hektar. Dalam blog National Geographic semalam, katanya Atlantis kaya dengan emas dan perak. Hm, mungkin juga ada kaitan dengan harta2 Qarun ini mungkin? Berkenaan dengan Laut Mati, tiada bukti yang mengatakan Laut Mati ialah Tasik Qarun. Tapi aku ada baca juga mengenainya. Katanya, Tasik Qarun ini masin yang tidak terhingga sehinggakan manusia boleh terapung tanpa menggunakan pelampung. Dan tasik itu dinamakan Laut Mati. Entah kenapa namanya 'Mati'.

Dalam kebanyakan cerita yang aku baca mengenai Tasik Qarun ni, takde satu pun yang kaitkannya dengan The Lost City of Atlantis. Adakah sebenarnya Atlantis ni mitos orang kafir yang sebenarnya mereka menyembunyikan kisah2 para anbia (contoh seperti kisah Qarun ini)? Bak kata ustaz aku sendiri, slang orang kafir dengan orang Islam tak sama. Atlantis dengan kisah Qarun? Hm... dua slang yang berlainan. Yang terkini yang aku baru baca mengenai gunung emas di Sungai Efrat, bawah Tasik Qarun tu pun ada emas. Cumanya diorang taknak gali sebab nanti ada fitnah. Ada hadith yang mengatakan (lebih kurang macam ni la) "takkan munculnya hari kiamat selagi Efrat dibalikkan semula menjadi gunung emas dan direbutkan oleh manusia." Istilah yang digunakan ialah "dibalikkan". Kisah dibalikkan ni kan semalam punya isu; kisah kaum Nabi Luth a.s.? Tapi takde sorang pun yang cerita dalam negeri tu kaya raya, penuh dengan harta. Yang diceritakan cuma orang2 dalam negeri tu sangat kacak dan cantik rupawan. Cuma kejinya mereka semua mengadakan hubungan sejenis (euwww).

Laut Mati 


Tapi bila aku search pasal Laut Mati semuanya kisah2 Nabi Luth. Kenapa eh? Aku tak rasa macam tu. Laut Mati katanya terletak di Jordan. Manakala kisah Nabi Luth katanya di Laut Mediterranean. Qarun di Mesir dan Atlantis di Spain? Nampaknya seperti tidak ada kaitan. Tapi aku yakin kisah Atlantis ni ada kaitan dengan ketiga-ketiga kisah Nabi di atas. 

Dikatakan boleh terapung tanpa pelampung di Laut Mati 


Atlantis... sebuah kota yang hilang. Dipercayai terletak di dasar laut, mempunyai banyak harta. Lebih fit dengan kisah Qarun kan? Bila aku search pasal Atlantis, takde pun yang cerita bagaimana Atlantis tu boleh tenggelam. ha... nampak sangat mitos ni tak habis diceritakan. Katanya, mula mempercayai Atlantis itu wujud masa mencari bangkai Titanic yang karam di dasar laut sedalam 2.5km. Masa cari bangkai kapal tu, diorang terjumpa ada tokong, ada bangunan lama. Sebab tu mula percaya yang Atlantis ni wujud. 

Ada banyak sangat versi pasal Atlantis ni sebab sumbernya hanya mitos yang ditulis oleh Plato (zaman pra-sejarah). Nampak sangat orang2 kafir hendak mengelirukan kita semua. Bercakap mengenai zaman prasejarah. Dalam al-Quran tidak pernah menyatakan zaman2 ini. Cuma zaman nabi2 saja yang disebutkan. Ah kisah ni jadi makin rumit. Aku yang tak cukup ilmu ni belum boleh buat apa2. 

Ada satu yang best masa search tadi.jeng3...

Teori Baru Mengenai Atlantis

 
Atlantis sebagaimana yang digambarkan Plato (keadaannya secara bulatan sfera seolah seperti pulau Santorin sebelum ia meletup (rujuk rajah pembentukan Santorin sebelum & selepas letusan Santorin berlaku)


Baru2 ini, ada pendapat menyokong bahawa kepulauan Santorin, Crete & sebahagian pulau di Aegean adalah benua mitos Atlantis yang hilang sebagaimana yang diterangkan oleh Plato dalam kisahnya. Teori ini kemudian ditambah dengan kemajuan sebuah peradaban yang terkehadapan di Atlantis sebagaimana yang digambarkan Plato - berkemungkinan adalah tamadun Minoan & Santorin pula dahulunya sebahagian daripada kota2 mewah metropolis Minoan yang dimusnahkan oleh letusan gunung berapi & ditelan tsunami.

Adakah Paras Laut Naik & Menelan Atlantis?

Kerja2 arkeologi terkini di pulau Santorin mendapati wujudnya sebuah kota Minoan purba berusia 3500 tahun yang ditenggelami hampir separuh ke dasar laut. Kerja penggalian yang dilakukan oleh  University of Athens menemui rumah kediaman Minoan dari rumah setingkat, 2 tingkat hingga 3 tingkat serta pelbagai artifak Minoan yang lain. Ketiadaan tengkorak atau rangka manusia di tapak kota itu menyatakan bahawa penghuni kota mendapat amaran awal sebelum letusan berlaku & sempat meninggalkan pulau berkenaan.

Samada Santorin & penempatan Minoan yang lain di kepulauan Aegean merupakan sebahagian dari tamadun Atlantis yang hilang belum dapat dipastikan sepenuhnya. Lagenda Atlantis sebagaimana lagenda lainnya tidak dapat disahkan kerana hanya berdasarkan cerita dongeng rakyat dari mulut ke mulut. (Rujukan "Perennial Atlantis," Sea Frontiers, Vol. 18, Nos. 1 & 2, 1972.)

Kemungkinan bahawa Atlantis atau sebahagian kota2 utamanya tenggelam akibat oleh paras lautan yang meningkat naik tidak boleh ditolak. Yang pastinya, kenaikan paras lautan berlaku di seluruh dunia & melibatkan semua lautan & laut dalam. Kesanya ketinggian paras lautan turut melibatkan Lautan Mediterranean disebabkan ia bersambung dengan lautan Atlantik melalui selat kecil Gibraltal.

Paras laut telah berubah sepanjang 20 000 tahun lalu disebabkan kecairan glacier & kecairan ais dari kutub utara & selatan. Ini secara drastik mempengaruhi kandungan air di lautan & kadar peningkatan air laut. Pada penghujung 20 000 tahun setelah dunia menuju ke era setelah Zaman Glacier Wisconsian, glacier telah mencair & mengecil ke utara & kadar ketinggian laut meningkat lebih 270 kaki.

Dari 8000 SM hingga 3000SM, laut telah meningkat secara mendadak hingga 18-21 kaki berbanding masa sekarang. Ketika 1600 Sebelum Masihi, kadar ketinggian paras laut meningkat, kemudian menurun ketika musim antara glacier yang singkat. Pada 700SM, kadar ketinggian paras laut Mediterranean dalam 12-15 kaki lebih rendah dari paras sekarang & pada 800 Masihi, paras laut meningkat 7 kaki persegi di bawah paras laut sekarang. Namun begitu, paras laut kembali meningkat tahun demi tahun sejajar dengan kecairan ais di kutub & meningkat dalam kadar 1.15 millimeter setiap tahun. Ini adalah anggaran konservatif yang dibuktikan menerusi penemuan arkeologi, hutan yang ditenggelami air dan kesan bukti tidak langsung.

Kan? Ianya cuma mitos yang kita sendiri sukar nak percaya. Yang ini baru dalam Malay. Yang dalam English, fuh melambak lagi. Cuma tak sempat nak cari. Kebanyakannya kaitkan dengan sejarah, astrobiology, geology..... macam2 lagi la. 

Blog tadi tulis lagi, 

Lagenda Atlantis walaupun dulunya mungkin dari mulut ke mulut, ianya bermula apabila Plato (428SM - 348SM), ahli falsafah Yunani era Klasikal pada zaman mudanya telah mengembara mencari ilmu ke Itali, Sicily, Mesir & Cyrene sebelum pulang ke Athens pada usia 40 tahun. Ketika dia mengunjungi Mesir (yang ketika itu di bawah jajahan empayar Parsi Achaemenid), Plato mengetahui mengenai mitos Atlantis dari rahib Mesir yang mengatakan dahulunya pada kurun ke 6 SM (200 tahun sebelum zaman Plato) ada seorang tokoh reformis Athens, Solon (638SM - 558SM) yang melawat di kota purba Mesir iaitu Sais & mendapat tahu riwayat kisah Atlantis  dari seorang rahib. Dikatakan rahib ini telah membuat penterjemahan rekod sejarah lampau dari penulisan heroglif Mesir ke bahasa Yunani dari kertas papyrus.

Jika apa yang dikata Plato adalah benar, maka masyarakat purba Mesir adalah bangsa yang berhubungan dengan tamadun Atlantis & hikayat dongeng Atlantis bukan sekadar kisah mulut ke mulut, tetapi pernah tercatit dalam rekod Mesir purba! Walaupun rekod berkenaan (mengenai Atlantis) sudah tiada ditelan zaman, tetapi berdasarkan karya Plato, sekurang2nya dahulu kisah mitos Atlantis telah tercatat dalam rekod purba Mesir di kota Sais & para rahib Mesir lebih mengetahui kisah mitos ini.

Tetapi, kini bukti baru dari rekod Mesir bakal menggemparkan pengkaji sejarah Atlantis .... malah mendekatkan lagi mitos Atlantis dengan tamadun Minoan!

Sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=646729

Ha, yang ni baru betul versi kafir yang berkaitan dengan sejarah. Segala ketidak puasan hati aku dah terlerai. Memang kisah Atlantis tu mitos dari mulut ke mulut. Sebab Plato takde tulis langsung bagaimana Atlantis tu boleh tenggelam. Cuma tercatat dalam sejarah Mesir Purba. okay, got it? Cuma misteri semua ni je la yang belum terlerai. Kita tunggu kata saintis. 

Hm, empat kisah sejarah yang berlainan tapi berkaitan. :)

Plato... kalau kau tulis sepatah je dalam karangan kau, tak payah nak sebabkan isu macam ni timbul. Lain kali kalau nak menulis biar lengkap. Wujud atau tak Atlantis tu ha? Kau bangun dari kubur kau sekarang dan jawab pertanyaan ni! 

Dari segi geologi, susah nak kata macam mana boleh timbul isu Atlantis dan kisah2 Nabi. Sepatutnya dua2 ni boleh dikaitkan. Sebab hanya Allah yang Maha Mengetahui. So, bila kita rungkai sejarah Nabi, boleh kaitkan dengan zaman prasejarah dunia. 

Hidup ni penuh dengan misteri. Semoga saintis yang sedang kaji tu dapat rungkaikan misteri ni. :) 

Wallahu'alam.

Wednesday, July 31, 2013

The Lost City of Atlantis aka kaum Nabi Luth a.s.


Story of the day is The Lost City of Atlantis. Hm looks like the mysterious is going to be end. Kalau ikut kisah Islam, Atlantis of Empire ni sebenarnya kisah nabi Luth a.s. tak percaya? Hayati kisah nabi Luth yg mana dulu Allah turun kan azab kerana mereka membuat hubungan sejenis dan telah menterbalikkan bumi mereka. So that's why wujudnya kisah sebuah kota di dalam laut. 
Dikatakan Atlantis ini terletak di Atlantic Ocean. Atau ada yg kata terletak dia Laut Mediterranean berhampiran Spain. Sekarang saintis2 masih lagi mengkaji pasal ni. Tapi rasanya aku dah tau dulu.
Pasal kaum nabi Luth a.s. yg degil ni, atau pun rakyat Atlantis ni, hm tak payah nak bangga sangat sebab diorang semua tak beriman. Sebab tu Allah turunkan bencana yg macam ni pada diorang. 


Tadi bincang dgn kawan pasal isu ni. Sorang kata, diorang ni semua dah maju. Cuma nya tak beriman je sebab tu Allah turunkan bencana macam ni. Sorang lagi kata pasal kaum nabi. Tu yg terus teringat kaum nabi Luth a.s rupanya. Tadi aku ada baca dalam national geographic page. Dia kata (kalau tak salah aku la) pencipta Atlantis tu half god and half human? Entah la nak kata apa... Ye la sumber dari kafir. Memang la macam tu. 
Tapi bagi para saintis, diorang semua masih lagi mengkaji. Macam nak kaji kisah Titanic tu. Bawah laut. Kononnya nak kaji pasal subsurface of planets such as Saturn and Neptune. Diorang kena tau pasal benda ni. And yg baru2 ni, pasal misi mencari planet makhluk asing. Kononnya teori diorang, alien ni duduk kat bawah laut yg susah ada connection. So diorang kaji la dulu yg kat bumi ni. 
Menurut kisah nabi Luth a.s lagi, ada 7 kita kesemuanya. Allah terbalikkan bumi mereka sehingga yg tinggal cuma air laut. Dalam satu blog yg aku baca tadi, katanya 

“Dan sesungguhnya kamu (hai penduduk Mekah) benar-benar akan melalui (bekas-bekas) mereka di waktu pagi, dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkannya.” (QS. ash-Shaffat: 137-138)

“Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap (dilalui manusia).” (QS. al-Hijr: 76)

Bermakna, Kota tu bukan berada di dasar laut. Blog tu tulis lagi

Para ulama berkata: “bahawa kota-kota yang tujuh menjadi danau yang aneh di mana airnya asin dan deras airnya lebih besar dari derasnya air laut yang asin. Dan di dalam danau ini terdapat batu-batu tarnbang yang mencair. Ini mengisyaratkan bahawa batu-batu yang ditimpakan pada kaum Nabi Luth menyerupai butiran-butiran api yang menyala. Ada yang mengatakan bahawa danau yang sekarang bernama al-Bahrul Mayit yang terletak di Palestina adalah kota-kota kaum Nabi Luth.”

Ya mungkin betul. Sebab ada dalam al-Quran yg menyatakan, hari2 kita lalu kat tempat tu. Hm, boleh jadi tempat tu digunakan oleh manusia Di laut? 
Untuk cerita ni, aku tak penah baca versi kafir punya. Mungkin lagi dasyat tersesatnya. Ada pun Walt Disney buat cerita macam ni, walaupun  kartun, aku takde minat nak tengok. 


Keep up the good word NASA and the teams. :) 

Wallahua'alam

Monday, July 29, 2013

Public Humiliation

Kalau kat asrama and ada antara kita yg buat salah (benda ni biasa), kebiasaannnya, mesti ada yg susah nak mengaku apabila buat roll call dan ketua asrama bertanya "siapa yg buat, baik mengaku cepat" well for me, benda ni pun ada berlaku pada aku sendiri, public humiliation. Ni bukan kes orang tu ego atau taknak mengaku yg dia dah buat salah. Dia cuma malu. Yes that's the word. Sebab benda2 macam ni boleh jatuhkan air muka seseorang. Maybe ada yg akan cakap "dah buat salah taknak mengaku pulak" cuba kalau benda tu kena pada diri orang yg bercakap tu. Ya mungkin dia tak kisah atau tak malu untuk mengaku but mostly akan malu untuk mengaku. So lepas ni, ketua asrama atau biro2 tak boleh la nak marah2. Dan org yg bersalah tu, tolong la mengaku selepas roll call. Kalau tak, memang nak kena hempuk.

Thursday, March 28, 2013

Isu cleaner Malaysia

Pagi tadi,nak keluar bilik, aku perasan ada sorang makcik cleaner tengah sapu koridor. Aku agak terkejut la jugak. Sebab aku keluar je, terus nampak muka makcik tu. Pastu, aku nak pegi toilet. Aku tutup lampu koridor. Tetiba, makcik tu kata, "bukak lampu, makcik nak sapu ni, tak nampak" nada macam nak terkam anak orang!
Tu la dia, sejak aku duduk KL ni, bila aku beri salam kat makcik cleaner mesti susah diorang nak balas balik/senyum balik kat aku. Apa? Kena bayar ke kalau balas senyuman atau jawab salam? Oleh hal yang demikian, aku dah malas nak senyum atau beri salam pada makcik2 cleaner yang aku nampak. Sombong sangat! Masa aku kat SAB dulu, aku lalu sebelah je, makcik tu terus tegur/senyum. Masa aku amek result SPM, makcik ni nampak aku, dah kenal dah, terus tanya result aku.
Aku rasa, makcik2 cleaner kat KL ni sangka, semua orang sekeliling dia sombong agaknya. Termasuk la kita orang yang duduk kat U ni. Kita orang tau, kita orang selalu buat sampah. Makcik2 pun penat, kemas toilet, bersihkan tu, bersihkan ni. Tapi, jangan la salah sangka pada kita orang. Kita orang tak anggap makcik sebagai orang yang kotor. Kita orang hargai jasa makcik bersihkan sampah kita orang, toilet kita orang... Mungkin, ada segelintir masyarakat yang geli dengan makcik, tapi, tu bukanlah tiket makcik untuk berlaku tidak berbudi bahasa pada orang lain. Tidak adil untuk kami2 yang memahami penat lelah makcik.
Apa2 pun makcik, saya ucapkan terima kasih banyak2 sebab menjadikan sekeliling kami bersih. Kalau takde makcik, saya pun taktau la apa akan jadi. :)

Sunday, November 18, 2012

VICE VERSA

aku bukan lagi Aisyah yang dulu. aku dah banyak sangat berubah.



dulu, aku sangat baik. baik yang dimaknakan dengan baik di sisi Allah. sekarang, aku lalai. aku dah tak makan saman dengan apa yang aku sedar. dah banyak kali aku mula sedar yang aku makin jauh, tapi aku tak bertindak.
 
dulu, hidup aku sangat tenang kalau dibandingkan dengan sekarang. nilah balasannya kalau lupa pada Allah
 
jadual aku setiap hari masa zaman aku spm...
bangun pukul 4.30 pagi, mandi dan sebagainya mengambil masa satu jam. dah pukul 5.30 aku akan sarapan dulu, atau bersahur kalau aku nak puasa. then, terus solat subuh. bercakap pasal solat. setiap kali aku sembahyang, aku akan solat sunat rawatib. dah pukul 6 lebih, terus pegi studyroom, study ke apa2 sebab nak spm. then pergi sekolah dan so on. pukul 2 petang, balik sekolah. kalau ada tuisyen, aku pegi. by pukul 8 dah ada dalam studyroom dan study siapkan homework. semua homework aku, aku buat sendiri even PEKA sekalipun, aku buat sendiri (melainkan taktau spt bio). homework aku lengkap, nota lawa, walaupun aku sorang je yang paham nota tu. karangan pun aku sanggup siapkan dalam masa setengah hari. karangan spm yang sendiri paham la limitnya takde, beribu-ribu patah pun takpe. aku langgar peraturan asrama. aku tak sembahyang isyak berjemaah. still i proud of it. aku ni degil. aku ketua exco, aku tak marah sesiapa yang taknak sembahyang isyak berjemaah termasuklah aku. tapi... by pukul 11.30, bila semua asramawati di ambang ketiduran, aku habiskan study,pegi surau. aku sembahyang isyak, rawatib dengan solat taubat. kalau campur semua, aku sembahyang 10 rakaat malam tu. even aku penat dan malas sekali pun, aku paksa diri aku. semuanya aku sedar aku nak spm, takde siapa yang boleh tolong aku melainkan Allah SWT. by pukul 12 lebih, aku mesti dah ada dalam dorm. setengah tahun pertama, aku dorm ruby, dorm yang wajib lights off pukul 11.15. dalam masa setengah jam, aku akan baca buku motivasi. sebab aku nak jadi orang yang positive. setengah tahun terakhir, aku duduk dorm mutiara yang takde limit nak tutup lampu sebab kita orang ada lampu belajar. still aku tido pukul 12.30 sebab aku study. and the cycle goes where i wake up at 4.30 every weekdays
 
ya Allah... tersangat la tenang dan indah zaman tu. dan sangat seronok lagi bila usaha aku selama ni berhasil. aku dapat straight a. aku cabar diri aku sebab aku jahat dulu. selalu buat jenayah.
 
lepas habis spm, aku tak penah putus asa. aku siap buat jadual ngaji surah2 pilihan setiap hari. sebelum tido wajib baca surah al-Mulk. i just can't imagine.... betapa aku sangat dekat dengan Allah. masya Allah...
 
dan sekarang...
bangun pagi pun tak tentu. kadang2 solat subuh pun tinggal. ngaji pun kadang2 je. homework, tutorials, tiru je... dalam lecture hall, main hp, facebook pun sempat. result mid sem sangat teruk. apa aku buat pun aku taktau. lepas dah sedar terpesong jauh pun, aku still buat taktau. why the hell is going on to you Siti Aisyah Azman???
 
aku mula tersedar semua ni lepas ibu tegur aku. yes, aku dah kantoi dengan ibu pasal apa yang aku buat ni. aku dah jauh sangat terpesong. aku dapat rasa jalan untuk kembali tu sangat sukar dan jauh. aku kena naik balik tangga. start from the bottom. dan aku pun mula terfikir, aku mula jauh dari Allah sejak aku kenal dia. bermula dari dia.... dan sekarang, aku taktau... sebab keadaan ni memaksa. dengan dia yang suka memaksa aku memberi perhatian kepada dia. dan tu yang menyebabkan aku lalai.



ya Allah... aku cuba nak kembali kepada-Mu. terima kasih kerana masih sudi untuk mengetuk pintu hati ini. sentiasa lah ada dengan ku. sentiasa lah mengingatkan aku. aku sangat memerlukan Engkau dalam hidupku...

luahan hati yang ikhlas : Siti Aisyah Azman